Khamis, 28 Januari 2016

Projek

Shawl banyak tak pakai dah. Sebab kelam kabut nak pin semua tak sempat dengan anak yang sedang lasak dan perlu perhatian.

Kadang pakai juga bila ada kenduri ke or jumpa my girlfriends. Tapi bila dah dukung anak, dia tarik2 pulak eiiii angin kejap mak kau ni haaa.

Sudahnya aku nak buat semua shawl yang sesuai jadi segera dipakai. Pelik2 sangat aku tak retilah. Aku pun tengok orang lain buat aku cuba sehelai dulu la.

Ada juga orang berniaga untuk pattern tudung. Ha yang ni aku tak beli. Aku buat taram ikut saiz shawl segera Hijabiza.

Kain banyak jenis dan banyak potongam yang berbeza2. Jadi aku nak menjahit yang potongan half moon, butterfly dan straight dulu. Yang hujung 2-2 bucu bulat aku tak boleh nak berfikir. Sebab semua projek pinkan dulu dan trying jahit hanya boleh dibuat after jam 12 malam. Senang Aqlan dah tdo. Kalau tak, dia sibuk nak berdiri atas kerusi yang aku sedang guna untuk menjahit.

Mengantuklah mak aiiii...ada 15 shawl nak jahit esok jelah sambung..gila mengantuk tapi gigih kan. Camner la yang buat bisnes tu ek bersengkang mata. Gigih jugak aku blog kan. Hahahahaha.

First trial tak boleh saiz muka dalam sama dengan luar. Nampak buruk. Saiz muka aku 10 inci.

Saiz muka luar akhirnya aku buat 12 inci. Sedang elok tapi boleh kecilkan 11 1/2 kot.

Aku dah tetas dan jahit balik. Ok shawl ni adik ipar beli kat Indon. RM6 je dia kata. 

Macam2 kaler dah. Benang aku kaler pun tak banyak..hurmmm ada harapan pergi kedai alat jahitan. Yang aku nampak kedai Singer la kat Giant tu.

4 ulasan:

  1. untung pandaijahit...jahitkan shawl aku nok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku jahit tepi yang problem. Kena beli kaki jarum yang betul. Takat nak buat shawl segera 2 lubang muka boleh dahhh

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.