Sabtu, 23 Januari 2016

Tukar!

Hari ni ada 3 benda besar yang ditukar. Penting untuk kebahagiaan penghuni rumah ni.

Pagi2 dah datang tukang repair atap bocor. Oh rumah ni bocor dah bertahun2, bayar sewanya sama jugak. Aku tak tahu dah berapa tahun bocor tapi sejak aku duduk rumah 24 jam ni memang aku geram je dengar air titis masuk dalam bilik master bedroom kami. Satu lagi kat area family room tingkat sama master bedroom la. Itu lagi haru sebab si tu ada meja yang diletakkan album gambar. Lagi satu kat depan pintu masuk rumah.

So orang yang datang baiki diupah pemilik rumah. Laki cakap dia nampak bilnya RM500. Kalau laki aku kena bayar memang aku marah. Hahahaha.

Pasal kebocoran ni aku memang bising dah lama. Laki aku ni tak suka orang asing masuk rumah kami. Yelah siapa suka kan? Tapi sampai bila kami nak hadap bocor. Masa bulan Disember musim hujan berapa kali anak aku jatuh tergelincir depan pintu bilik. Menambah angin aku je.

So memang lega lepas dah dibaiki sebab petang tadi hujan lebatnya ya Allah. Siap guruh berdentum bagai.

Kemudian datang pula pembaiki aircond. Yang ni laki kena bayarla. Sebab sendiri yang mahu kan. Ini pun tak pernah diservis sejak Aqlan dilahirkan. Aircond tu dipasang pada hari MH370 hilang. Yang ni kena caj RM180. Aircond 2 hose power...gas pun dah nak abis. Amik ko. Sekali bila dah settle..on kan aircond sejuknya.....dengan kipas lagi pasti tambah hujan lebat..aiyyyy memang sedap tidur peluk anak yang berbantalkan lengan kita.

Pada masa aircond disenggara, tukang pasang Unifi pun sampai. Hah dia nilah paling lama duduk kat rumah kami. Tarik wayar. Cari port bagai. Upgrade yo dari Streamyx 2mb ke Unifi 30mb. Meletup la streaming youtube kat segala alatan gajet dan TV. Senang sikit aku nak main game Rayman Adventure. Haha. Tengok rancangan under Unifi pun best. Cantikla. Ipad tengok Youtube semuacam streaming HD je. Yang ni tak bayar apa2. Tapi bil internet makin naik. Dannnn..kami ada nombor telefon rumah sekarang. Dulu ada je, aku suruh laki cut sebab tak pernah guna dan  bayar tak pernah miss. Haiii pembaziran. La ni aku duduk rumah takpalah kan.

Pagi ni breakfast cucur bilis+taugeh. Lunch makan nasi bawang lagi. Kesian laki aku tak merasa makan semalam. Sekarang adik ipar temgah masak sup ayam dan laki pergi kedai mamak cari kari dan teh tarik.




Syukurlah. Laki aku menarik nafas lega sangat2. Banyak lagi plan hujung minggu kami. Especially bila masuk bulan 3 ni.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Salam singgah. Rumah bocor memang menyulitkan, terutama musim tengkujuh. Saya sendiri pernah kena masa renovate rumah. bila hujan ada tiris. Telefon tukang yang buat, mula-mula angkat telefon lepas sampai ke sudah tak angkat telefon. akhirnya terpaksa baiki sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...adakah dia cuba melepaskan tangan...??

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.