Jumaat, 24 Jun 2016

Enough Of Shopping Tudung For Raya

Perempuan tudung sehelai tak cukup. Mula2 pakai tudung dah kena ada 2 helai. Nak salin.  Pastu eh...kena ada 7 helai sebab setiap hari lain2 nak pakai. Takkan nak pakai yang sama hari2. Busukla..lebih2 lagi lepas balik restoran mamak.

Kemudian muncul tudung segera sebab senang nak sarung pergi mana2. Senang kalau tiba2 ipar lelaki dan lelaki atau perempuan ajnabi masuk rumah. Senang nak pergi sidai kain atau petik sayur kat luar rumah.

Pastu eh eh kenduri tudung kena lain. Nak kena lawa sikit. Pastu tudung raya sebab nak baru sama dengan barunya baju raya. Dan kemudian beratus alasan keluar untuk beli tudung baru. Hahahaha...

Tudung2 lama tak pakai silalah bagi sedekah pada orang lain. Maybe bagi diorang itulah paling cantik. Kalau dah berbulu atau tertarik benang takyahla bagi. Gunting2 buat perca kain sumbat dalam bantal.

Tak cadang beli tudung banyak. Siap beli kain jahit tepi kat kedai nak letak bunga2 sikit. Kemudian.....

Bila tengok si Neena buat shawl baru teringin pulak nak ada sehelai 2. Di samping tolong kawan berniaga kita nak rasa jenis kain yang dia buat shawl tu. Kata jatuh terletak...laki aku cakap pakai tudung ni mukanjadi runcing sikit. Yelah i dah tembam pipi

Bila hujung minggu laki suka offer nak kemana2 tak..pantanglah kan..cepat je dia plan nak pergi kedai mana. Untuk elak terjebak beli baju raya atau tudung aku masuk Cotton On. Beli baju sale je. Bila nak bayar nampak pulak shawl diorang 2 helai RM60. Kalau tak sehelai RM49.90. Rembat.

Kemudian pergi Uniqlo tengok koleksi Hana Tajima yang baru belum mampu nak belim tunggu sale jelah...kalau takpun memang tak muat nak pakai. Sendat tang hips.. sekali tengok shawl jatuh RM19.90. Beli 2. Alasan beli senang takyah iron.

Maka balik rumah dan sudah2lah beli...

Hari ni teman adik ipar pergi Naelofar kat TTDI. Pagi2 ajak pergi..maka temanlah orang nak beli Naelofar kita siap dah niat takkan beli apa2...

Kita tengok jelah dia sarung tudung satu persatu. Hahaha...sekali dia offer nak belanja sehelai tudung. Aku cakap eh mahal tudung diorang takyahla...tapi dia suruh jugak..hurmmm..lepas tu tak membantu dari sehelai jadi 2 helai. Aku tanya aku bayar sehelai dia kata takpe...adoyai...kira2 dah RM134. Aku tak pernah memiliki tudung Naelofar Hijab. Tapi bila dah try2, tengok cara pakai dan rasa2 kain memang berbeza sangat dengan tudung2 lain. Ke aku je yang tak pernah beli tudung mahal? Sampai beratus2 selai tu. Sampai orang berebut2 dan yang beli online sampai tunggu depan pc dan tekan keyboard macam pemotong bawang professional? Hahaha. Btw puas hatilah jugak.....jangan lepas ni aku ke Naelofar pulak senyap2.

Lagi satu minyak wangi dia bau sedap harga RM55 untuk 30ml. Tapi tak beli sebab.....alamak.....alamak.....tidakkk...





2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.