Isnin, 13 Jun 2016

Gantung Baju Anak Lagi Senang Memilih

Selama ni baju Aqlan masuk drawer. Lipat2 masuk. Bila nak pilih kadang2 kena angkat semua dan baru dapat ambil. Kadang2 dia pergi punggah drawer baju dia. Erm sabar ajelah.

Jadi aku decided untuk gantung baju2 untuk outing dia. Baju2 dia tak banyak mana pun. Tapi bila dah gantung barulah boleh nampak apa yang dah dibeli dah dipakai ke belum. Sebab satu perangai aku asal ada sale yang berbaloi diskaunnya aku beli sikit2. Inipun laki aku setuju sebab tak terasa sangat keluar duitnya. Bila dah digantung aku rasa aku boleh stop dulu beli baju dia.

Aqlan ni berbadan tak gemuk tak kurus. Tapi kalau ikut saiz selalu baju2 dia boleh dipakai lama. Kalau beli yang standard UK saiz macam Marks&Spencer untuk umur 18 bulan pun masih muat. Hahaha. Aku rasa jimat jugalah. Baju2 dari jenama ni aku tak mampu belikan dah sejak berhenti kerja. Tapi sebenarnya jimat bertahun pakai.

Kalau standard US seperti Hush Puppies, pun boleh dipakai lama..harganya boleh tahan mahal jadi aku suka tunggu sale yang dibuat beberapa kali setahun di kilang mereka. Shirt agak besar tapi kalau seluar ngam2 ikut umur Aqlan.

Begitu juga dengan standard Sweden macam H&M, lagilah lama budak tu boleh pakai. Baju yang umur 18-24 bulan pun masih tak muat dipakai. So dah beli2 kena gantung jelah..kalau pakaikan juga macam baju pinjam aku tengok. Kalau ada best buy patut belilah kalau dah jatuh sampai RM20 je untuk sehelai kemeja lengan panjang. Ketinggalan season ke tak aku tak peduli asalkan murah sebab kain dia sangat bagus.

Kalau beli standard Malaysia memang ngam2 lah contohnya baju Anakku, J Baby, Trudy&Teddy dan Poney. Tapi ada je aku teruskan dia pakai selagi muat masuk kepala. Baju2 Malaysia ni sebenarnya mahal juga..kecuali J Baby memang murah..

Haa satu jelah kepala Aqlan ni memang besar sikit. Since jumpa doktor masa zaman vaksin tu dah diberitahu. Kalau ketinggian dia line rendah. Takpelah nak asalkan masih terus membesar dan sihat..

Ni almari aku tapi gantunglah juga baju Aqlan. Sharing gitewww. Besok2 dah ada bilik sendiri tah2 almari ni ikut masuk bilik dia. Hahaha.

6 ulasan:

  1. Setuju gantung mmg mudah tpi perlu banyak hanger lah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanger free bila beli baju. Dah besar sikit lagi tak dapatla hanger free kot...

      Padam
  2. Bila ada anak, selalunya baju anak lebih banyak dari baju emak... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baju mak dia banyak juga tapi tiap kali keluar ingat beli baju anak je..

      Padam
  3. dulu2 masa ada bibik memang berlipat..now i jd bibik, sume i gantung..senang keje..dr ampaiam straight masuk woredrop...heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanger untuk sidai baju khas untuk luar sebab hanger plastik boleh mudah reput kalau asyik kena hadap hujan panas..kan.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.