Ahad, 7 Ogos 2016

Duduk Diam2 Kat Rumah Sudahlah Hujung Minggu Ni!

Pagi ni laki ajak ikut kalau nak ke rumah kawan Mama di Ampang. Aku taknaklah pergi sebab Aqlan belum bangun tidur. Aku pun sibuk buat preparations untuk ubat buat abang aku.

Dah lepas asar laki nak hantar Mama balik naik tren di KL Sentral pun aku malas nak ikut. Sudahnya aku dan Aqlan cabut rumput dan sapu daun kering jelah. Tanam mana2 pokok yang patut. Macam cili padi, lengkuas dan halia. Tak tahu jadi ke tidak. Sebab siput babi suka makan daun2 sayuran ni. Ermmm..

Dah malam aku pun tak tahu nak buat apa dah. Selepas masak ubat yang baunya....satu rumah boleh bau. Mata pedih. Bau bawang putih dan halia tu power sangat.

Rupa halia dah macam pokemon aku tengok. Tapi aku tak terjebak dengan Pokemon Go. Aku main candy crush jelly je...dan rayman sekali sekala.

2 ulasan:

  1. mcm alien je,hahha
    mengarut je pokemon go ni,spe lah cipta game ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam tempoh yang sekejap depa dah untung hampir 900 juta. Erk.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.