Selasa, 2 Ogos 2011

Puasa Berbeza Zaman

hari ni dah hari kedua berpuasa. masa tengah menaip ni, beef black pepper ada atas dapur. nak lembutkan kentang. punyalah lama rasanya. daging lembu australia. idaman mak. cuba tunaikan.

masa kecik2 nak apa, mak cuba tunaikan permintaan. maklumlah anak2 mak ramai. kalau ikut semua permintaan boleh lari bajet bapak. sudahnya masak 1 jenis makanan banyak2 lepastu tukar2 dengan jiran. haa meriah meja dengan pelbagai juadah berbuka. ada juga jiran bagi makanan yang sama. hahaha lain2 je rasa.

aku dulu selalu la jugak kena hantar juadah berbuka pada jiran2. siap dipesan tunggu makcik tu basuh bekas/tapwe/pinggan. suruh makcik tu pulang bekas. tak bagi balik balasan takpe. tapi jiran2 takkan rasa begitu. mereka tetap akan membalas juadah walaupun sedikit.

waktu berbuka adalah saat paling riuh aku adik-beradik. lagi2 riuh bila yang duduk asrama balik rumah, dapat cuti. makanan siap kena catu. masing sorang boleh makan sebijik-dua. tapi saat merebut dan saat bila ada yang kata tanak makanla...oh ada je yang tunggu ambil kepunyaan yang dilepaskan.

yang lelaki selalu makan sikit je lepastu ikut bapak pergi surau solat maghrib. lepas tu diorang balik makan tak ingat. belum lagi pergi terawih kemudian makan moreh. meriah2...meriah sungguh FELDA Sg Koyan. heheheh..

dulu2 selalu solat kat surau haji yasir koyan 3. kat situ buat 8 rakaat je dengan 3 witir. kalau kat masjid mereka buat 20 rakaat dengan 3 witir. oh kami malas dan nak cepat2 balik rumah.

lepas dah makan hasil moreh, selalu tidur jelah..lepas tu harapkan emak kejut dan hadap sahur atas meja. tak tolong apa pun. basuh pinggan dulu2 selalu juga kena. dahla takde sinki. kena bawak pergi bilik air. siapla duduk atas kerusi kecik basuh pinggan..tapi ini pun jarang aku buat. selalu tolong mak tiarap2 pinggan. disebabkan aku ni ramai kakak2, jadi diorang selalu buat kerja. itu pasal aku kena hantar kuih, pergi kedai, dan buat kerja2 ringan je...ahahahah...pemalas ke aku ni?

sekarang, bila dah duduk sendiri, mak datang temankan puasa. kata mak aku takde keluarga. adik-beradik lain ada suama-isteri-anak2. 

untuk menyediakan masakan sehebat mak takdela. tapi aku cuba balik cepat2 tiap hari lepas kerja nak memasak..mak tolong yang ringan2 je. kan dah terbalik. takpelah. at least Allah bagi aku peluang bersama emak. sebab peluang ni tak tahu sampai bila. aku mujahadah selagi terdaya. Ya Allah, moga usahaku tak sia2, semoga aku menjadi manusia berguna. Rahmatilah kami semua hamba-Mu, Ya Allah.

12 ulasan:

  1. Sangat bertuah sebenarnya, masih berkesempatan bermesra bersama mak. Saya sebulan sekali, itupun sekejap sahaja dapat jumpa mak. Dah lama tak tidur dengan mak.... ohooo rindu sangat. Mujur hujung minggu ni nak balik berpuasa dengan mak.

    BalasPadam
  2. amin.....
    bila u cerita balik kisah lama...
    mmg best time tu kan...
    skarang pun best, tapi dgn cara tersendiri...

    BalasPadam
  3. Eri-Chan, baca cerita ni teringat masa berpuasa di Minessota, USA dulu, sejuk ya amat, waktu berpuasa adalah 16 jam, masa first year banyak kali jugak terkantoi, lepas tu dah okay, sedar tak sedar, rupanya 7 tahun berpuasa dan beraya di sana.

    BalasPadam
  4. Emak ayah langsung tak pernah datang melawat...sedih jugak, tapi apa nak buat, kami bukan orang berada, jadi bila dah balik Malaysia, berpuasa, berbuka dan beraya dengan parents, walaupun dah kahwin, berbuka puasa dirumah emak memang hampir setiap hari, mak mertua susah sikit, sebab jauh sangat dan kalau nak pergi rumah dia kena naik kapalterbang dan ambik visa. sekian pengalaman berpuasa saya.

    BalasPadam
  5. bestnyaa imbau kenangan lama......

    rindu masa mama ada...sume benda erhidang siap..meriah jaa setiap kali bukak posa...tp la ni, tuhsume tinggai kenangan.......

    SELAMAT BERPUASA KAKNEN... ^__^

    BalasPadam
  6. azmask, ni pun mak nak balik kg dah...haiyy tak sabar2 nak tgk rumah dia pulak

    RR; mak mertua u bukan malaysian ker?

    nida; mesti sedihkan...kita masa2 dulu takde bapak, bila buka puasa teringat2 dia bezikir time nak buka pose..

    selamat berpuasa semua!

    BalasPadam
  7. best jgk bila kenang puasa dulu2...skrg dah xde dah org tukar2 lauk ni..

    kira eri chan untung dpt 'bkhidmat' utk mak..sy ssh sikit..bila balik umah mak atau mak dtg umah sy mak still masak utk sy lagi..tp tulah rindu sgt ngan masakan mak..org perak kata cemuih atau muak asik mkn masakan sndiri...hehehe

    BalasPadam
  8. Eri-chan said...
    RR; mak mertua u bukan malaysian ker?

    Eri-Chan - Betul tu. Mak mertua, bapa mertua, my in-laws, termasuk my wife is non malaysian, tapi my wife dah dapat PR, my baby girl (Melissa Dania Binti...he he he) dapat 2 citizenships.

    BalasPadam
  9. wah wah....RR happy la ek skrg ni..

    hanim; bila balik rumah mak, mak yg masak2 jugak..

    BalasPadam
  10. tahun ni aku masih dapt berpuasa ngan keluarga lagi..ihihih...thn depan tak la...dtg mingguan je la kot..

    BalasPadam
  11. mimy; gunakan tahun ni berpuasa dengan family sepenuhnya...tahun depan ko pindah ek....mesti mak kau sedih kan..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.