pada hari yang aku bengang, tak angkat phone langsung tu aku pergi round2 kat UKM, Bangi. 2-3 kali jugak aku pusing nak pastikan aku lalui hampir semua fakulti & kolej kediaman. tapi fakulti undang2 & kejuruteraan aku tak menyinggah pulak sebab jalannya masuk ke dalam.
dah alang2 aku pun ke Keris Mas. Keris Mas masih ada kolej kediaman yang terbengkalai....walaupun telah lebih 10 tahun berlalu. apa masalah aku pun tak tahulah.
selepas mendaftar dulu, aku tinggal di tingkat 6, blok 10. kemudian setiap kali semester baru masuk mesti kena tukar bilik lagi. penat tau tingkat 6 nasibla ada skybridge dari tingkat 3. semua tingkat 6 bilik untuk seorang. takut2 tidur pasang lampu sampai pagi. takpun pergi semak bilik kawan. hehehehe.
next semester aku ke blok 13 juga tingkat 6. kemudian ke blok 11 tingkat 5 sebelum akhirnya aku duduk di tingkat 4 blok yang sama pada tahun akhir.
sebagai kenang-kenangan..
blok 11..inilah skybridge yang selamatkan masa menuruni anak tangga. |
dari tepi blok 11, 10, bangunan pentadbiran & blok 13. dah ada buaian? dulu kat buaian tu kosong takde apa..tempat sidai kain aje...bila hujan lelah turun anak tangga... |
kenangan itu indah... :)
BalasPadamratu; yang tak indah pun ada...tapi zaman belajar paling seronok.. takde banyak tanggungjawab.
BalasPadamsesekali menjejak kenangan bikin syahdu jiwa yg halus :D
BalasPadamcantik jugak blok nya wak
BalasPadamAnn; kolej kediaman kitorang adalah yang terbaru dan tercantik serta termahal..sangap aku bayar RM5 untuk 1 hari okay....
BalasPadam