Wednesday, November 23, 2011

Jualan Barangan Sukan Di PWTC

baru je balik dari PWTC. semata2 teman zcat nak beli botol air untuk running activity. kami naik tren. pertama kali naik tren bersama. haha..tren banyak datang tapi semua masuk doc. agak lambat dapat tren tapi sempat juga sampai ke PWTC untuk beli barang2.

jualan akan berakhir esok, 24 Nov 2011. aku pun tak tahu kalau zcat tak ajak pergi. murah2..barang branded seperti adidas, puma, nike. diskaun sehingga 70%. 
dah beli botol air untuk dia, belikan juga untuk aku. handy sangat..design menarik. tapi maaf ya..gambar2 akan di ambil esok je...handphone aku tertinggal semalam kat ofis..kemudian bateri memang dah nak kong. now kena fully recharge..

pusing2..jumpa plastic loafer yang menarik. adidas ok. pakai2....sedap pulak tapi diam je sebab dah over budget bulan ni..tapi..tapi...

zcat offer nak belanja!..eheehehehehe..senyum sampai telinga...ada 2 kaler je...pink ke purple? 

oklah nak tidur. esok patut bangun awal nak masak sambal bilis petai. kalau bangun awal la.....pagi tadi ingat nak masak dah..hp takde...alarm pun takde....habis....bangun pun..matahari dah tembus masuk bilik.
Previous Post
Next Post

About Author

1 comment:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.