terpengaruh dengan kata2 Razif dalam rancangan Best In The World di 8tv (kini dah tamat), aku dan zcat nak mencuba makanan di restoran mek T dia area Puchong. senang nak pergi dan waktu lunch tengahari agak ramai pada hari ahad lepas - 30 Oct 2011.
restoran ini menyediakan makanan yang berasal dari Terengganu, jadi aku yang pernah tinggal di sana selama 4 tahun nak try test betul tak rasanya exactly sama yang aku pernah makan/rasa semasa tinggal disana dulu2..oh 13 tahun telah berlalu.
kami masing2 ambil set jadi jimatla wang, tapi kalau tak suka bubur better jangan ambil set...sebabnya?? (oh bubur mungkin berubah hari2...hari tu bubur kacang merah)
|
nasi daging. sedap |
|
laksam. ikan tu tak kedekut langsung. memang suka! |
|
bubur kacang merah tanpa santan..aku suka santan huuuuuuuuuu |
|
lepas dah nak habis makan, zcat nak try keropok lekor. aku dah kenyang makan laksam jadi takmo makan dah. bila nak kena beratur lagi sekali tu, orang makin ramai yang datang. almost yang makan pun chinese.
|
zcat menunggu keropok lekor untuk tapau sangat laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama |
|
selepas 10 minit masih belum dapat. nasib nagin dia baik je hari tu. |
|
inilah keropok lekornya. langsung tidak Terengganu, dah macam tepi2 jalan kat KL/Selangor je rasanya boleh dapat. reject!.. |
kompem mmg byk makanan dia yg ratu takble makan :) kalau nasi daging tu ble la...
BalasPadamyer aku pun tgk si razif makan ngan rakus...megat dah sound aku jom gi sini nanti..maklum la pantai timur nok
BalasPadamratu; i paling suka nasi dagang...uhuhuhu
BalasPadammimy; sila pergi.....tapi nak q tu azabla.
BalasPadam