Jumaat, 4 November 2011

Makan Malam Belakang PWTC (Riverbank)

kali pertama aku ke sini dengan ann & faizal. masa tu minggu aku duduk di rumah diorang sebab kawasan rumah aku ada acara di tokong cina selama 10 hari. masa tu juga aku dah start nak demam. jadi ke sini sebab nak makan sup.

jadi lepas KFC walk for the hunger tu aku pun ajak zcat try makan kat situ sebab perut memang nak makan sup. dalam hati idam nak makan tomyam ke sup ikan ke...yang pasti takmo makan western. aku kata belasah je kat mana2 asal dapat makanan traditional. 

aku tak ingat nama gerai ni. tapi yang pasti pemiliknya orang negeri kelantan. sebab cakap loghat sana..kan..aku assume terus.
jadi kami nak makan banyak sebab dah kelaparan lepas balik jalan kaki. kami order;-





total semua yang dimakan di atas termasuk air RM48. kenyang dan sangatla sedap.....oh ikan siakap stim ni aje dah RM35 ok.

eh eh ni ice cream ada kat riverbank ke?haha...teringin makan ice cream kenalah cari kedai lain pulak

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.