Khamis, 14 Januari 2016

Minyak

Ni pasal bekas minyak masak. Kalau dah tak daya nak tuang minyak dari botol 5kg tu baik beli bekas kecil yang bercorong untuk isi minyak.

Apa yang aku hadapi beginilah. Minyak baru beli dalam botol 5kg. Buka penutup dalam kan pakai tarik je. Jariku halus jadi hanya sedikit lubang terkoyak selebihnya tak dapat dikoyakkan sebab putus. Sudahnya bila nak menggoreng perlu banyak minyak nak dituang...alirannya alahai..sedih. Dah la berat 5kg tu. Jadi aku carilah bekas terbaik.

Ada je bekas Tupperware bercorong cantik je. Tapi dulu aku pernah pakai..pastu alahai sayangnya Tupperware mahal letak minyak. Bila nak basuh bekas tu punyalah payah. Takkan nak pakai dawai kot cuci...

Sudahnya ke Daiso je beli...bukan RM5 ya... RM5.30 termasuk tax. Huahua...


Menuang minyak ke dalam kuali bukan lagi masalah. Baru discover je tadi picit sikit botol minyak besar tu lebih cepat minyak mengalir keluar.

Akhir sekali tapis minyak ni mak yang belikan. Lama dah...zaman bujang lagi. Sangat efektif untuk tos minyak lebihan yang ada sisa2 gorengan.



Mana nak beli? Aku tak tahu. Itulah mak mertua kita berkenan pula.

Sebenarnya mak mertua berkenan dengan beberapa lagi barang dapur kita..adakah sebab kita ni pandai membeli perkakas dapur atau sebab kami lahir bulan yang sama? 3 hari je beza tarikh. Tahun memangla jauh berbeza.

Note sebelum lupa apa yang dia pesan beli kalau jumpa:

Kuali
Bekas minyak
Sudip kayu
Pemegang barang panas

Batu tumbuk lesung pun dia suka tapi dia dah adalah..

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.