Jumaat, 22 Januari 2016

RESIPI Nasi Bawang

Ini ikut sukatan akulah. Sebelum aku lupa. Tapi first time masak dah sedap cuma kurang garam. Aku memang masak selalu kurangkan garam. Gula memang aku tak pakai.



Idea nak masak nasi bawang ni bila aku tengok IG Dee Jangan Ketawa tu post pasal nasi ni. Terus terliur dan nak buat sejak sebulan lepas.

Ada macam2 resipi aku jumpa di internet. Tapi aku pilih yang paling mudah bahannya. Aku kan tak kuasa nak lebih2.

Untuk testing kali pertama...


  1. 1 pot beras (ikut cawan periuk nasi) basmati Faiza dibasuh dan ditoskan 
  2. Bawang besar 2 biji dihiris..banyaknya bawang bersamaan dengan sepot beras tulah. Bawang besar aku guna saiz sederhana, sebab tu 2 biji
  3. Bawang putih seulas dihiris
  4. Halia 1 inci dihiris
  5. Air. Ni tricky sikit. Kalau satu pot nasi, air mestilah pada ukuran nombor 2 pada garis periuk nasi..kalau tak nanti nasi tu keras..which is aku memang tak suka nasi keras kering
  6. Bunga lawang 1 kuntum
  7. Buah pelaga 3
  8. Kulit kayu manis 1
  9. Creamy butter 1/10 dari saiz 250gm untuk menumis
Patut ikut resipi asal ada daun pandan tapi aku takde stok. Patut tanam je kan..

Step by step

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Panaskan periuk dan cairkan butter
  3. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
  4. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia
  5. Kacau sampai wangi
  6. Masukkan beras kacau sama rata
  7. Pindahkan ke periuk nasi automatik dan masukkan air
  8. Bubuh sedikit garam 
  9. Tinggalkan biar dia masakla..kata periuk nasi automatik
Makanla dengan apa2 lauk pun. Sebab nasi ni makan macam tu je pun ok.

2 ulasan:

  1. wah ni boleh try ni, sok lusa tulat cuti...okay macam mudah tapi boleh kot, macam buat nasi lemak tapi tak buh santan kan... TQ lah anis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde santan. Itulah yang bagusnya. Cubalah masak dalam kuantiti yang banyak ya.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.