Sabtu, 20 Ogos 2016

Berjalan2 Naik Kereta Je, Dah Siap Makan, Balik

Niat dihati macam2. Apa yang terjadi disebaliknya..haha.


Mula2 dengan yakin nak pergi Ummizacafe kat Jenderam Hilir. Sampai2 tutup. Rupa2nya buka Isnin-Jumaat je. 7.30 pagi hingga 3 petang. Hahaha. Gelak kat diri sendiri. Laki yang baik hati cakap, takpe kalau ada hari dia cuti kita pergi makan..


Lepas tu kami pun mulalah tak tahu nak makan apa. Sampai Bangi, laki cakap nak makan nasi ayam tepi UKM. Aneh, sepanjang aku belajar kat sana dulu tak pernah pergi. Kedai tu pun tutup juga.

Macam2 plan kedai apa nak pergi. Ikut tekak aku nak makan masakan kampung. Aku nak makan ikan keli je.

Disebabkan Aqlan masih tidur, aku pun pergi tempah baju dulu lah di Rack Zone, Kompleks Diamond. First time hantar baju terus kain batik yang dibeli di KT bulan May lepas. Nak pakai raya Haji..takpun..pergi kenduri. Kenalah caj RM75 tapi bayar deposit RM15 je. Baju ni tempah mahal sikit katanya sebab kain corak batik. Baiklah kalau cantik jahitan...aku hantar banyak lagi sebab aku dah hampir 4 tahun tak tempah baju. Banyak beli siap je sejak kawin..

Tengah2 ambik ukuran, Aqlan dah bangun tu jadi ingat nak bagi makan lasagna roti dalam kedai tu...tapi dia pergi hisap pin tudung. Maka mak dia ni kena beli pin tu. Dan marilah kita balik sebelum dia hisap yang lain..dah rupa macam candy ko..

Kami pun akhirnya pergi makan ikan keli kat Gulai Kampung. Sedap dan pedih perut aku sebab kepedasan.

Aku saja nak try Kylie Jenner punya matte liqiud lipstick. Ingat aku takkan beli apa2 hari ni..haha..

4 ulasan:

  1. emm kalau kain batik cop handmade tuh memang susah skit nak gunting, kadang berhari2 pikir mencari idea nak gunting ikut mana hahaha...
    (tapi yg ni tailor amatur lah kikiki) kalau tailor yg pro ok kut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni memang handmade..one in a kind. Hopefully cantikla. Tailor lama jauh sangat nak pergi rumah dia..

      Padam
  2. hehe..dh pompuan..msti ade jugak sambar

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.