Jumaat, 19 Ogos 2016

Makan Kek Coklat Lepas Tu Masak Begedil Daging

Hari malas masak telah datang. Sebabnya aku makan kek coklat untuk lunch dan dinner makan begedil. No nasi for today.

Kisahnya dah pek kan 1 bekas kek coklat untuk laki jamu kawan2 di ofis dia. Pastu boleh pula tertinggal atas meja.

Sudahnya aku dan Aqlan makan kek coklat dengan banyak dan gembira.

Lepas tu aku dah keluarkan paha ayam dan daging ayam tanpa tulang.  Ingat nak masak nasi Mediterranean atau nasi lemak. Tup2 aku nak mask begedil pulak. Tah apa2.

Kalau ikut resipi asal mak, kentang digoreng dan dilenyek. Tapi aku malas nak goreng aku rebus je 11 biji kentang yang dah dipotong2 supaya senang nak lenyek. Kemudian tunggu laki balik bawa daging kisar dan daun sup dan daun bawang. Lamanya..

Semua barang dah ready tunggu dia je balik..last2 lepas isyak baru dapat goreng. Sambil2 tengah goreng, dengar laki duk yahoo yahoo tengok badminton. Dia cakap yes..yes.. bila Malaysian ke final. Aqlan pulak cakap oh no! Budak tu apa tahu..

Makan dengan penuh nikmat.

Ada orang tak lalu makan masakan sendiri. Aku pulak suka makan dan gembira untuk habiskan. Kalau tak habis sedih pulak.

Teringat pulak kawan aku Gee kat Dublin tu. Dulu2 masa kami masih belajar di UKM dia ada ikut aku balik Koyan. Lepas tu tunjuk dia cara buat begedil. Dia punya suka...asyik buat aje bila balik rumah mak dia. Hehe. Untuk mengenang dia..aku nak post gambar begedil thru whatsapp kat dia. Jealous pulak dengar cerita dia pergi sailing di Croatia.


Laki dan anak suka begedil. Tapi dia mintak lain kali buat asing untuk depa tanpa daun sup dan daun bawang...

Aku cakap tahun depan baru aku buat balik. Hahaha.

Gembira hari ni dapat payment first time untuk buat cerita... walaupun tak banyak tapi bermakna..

2 ulasan:

  1. Aku pon mcm ko..lg suka masak sendiri..tp laki aku komplen gak daging masak lomak cili api aku x capai tahap sirim org nogori lg..huaahuaahuaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depa memang banyak komplen. Ko hadam jelah..pastu bila dia punya masakan tak sampai tahap...aku pun komplen balik. Akekekeke.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.