Rabu, 24 Ogos 2016

,

Menyiapkan Bantal Kekabu Kecil Yang Dah Lama Terbantut

Semalam siapkan bantal2. Lepas tu ketuk2 dan jemur di porch kereta sebab berhabuk dengan kesan2 kekabu.

Kita letak nak buat ukuran..elok plak dia landing. 

Hari ni kita menggunting kainlah untuk buat sarungnya. Nasibla setelah diukur kain cukup2 untuk 5 helai sarung bantal kecil. Saiz bantal ni macam bantal kecil Ikea yang panjang tu..dijual dalam RM19.90. Aku siap beli 2 bantal tu dan yelah suami suka juga.

Harga kain untuk sarung bantal ni aku tak ingat dah..lama beli masa masih bekerja..beli pun kat Spotlight Ampang Point.

Patut siap sekejap je sarung bantal ni..


Lunch masak nasi lemak. Buat sambal bilis dan goreng telur je. Tengah sedap2 dah potong kain dan pinkan bahagian nak dijahit, Aqlan buang air besar pulak. Ermmm bercinta nak naik atas sebab satu diapers pun takde kat bilik bawah.

Ada ke sesiapa nak resipi sambal ni? Hahaha...Sedap tau sampai suami makan nasi lemak macam tak cukup. Pastu nak tapau belen sambal ke ofis esok..

Dah siapkan dia buatkan susu nak tidurkan...lepas solat asar nak turun balikla..dia ikut pulak.

Sambil2 menjahit bau semacam lagi...ermmm tunggu abah dia balikla pulak..sebab aku nak siapkan juga jahitan ni. Yang lama masa jahit lubang butang la. Dengan benang tertarik. Aishh nak kena minyakkan mesin ni. Tengah2 memjahit, laki balik bawak parcel untuk kita. Hehe minyak wangi dah sampai.

Siapa dapat bereben macam ni pasti bahagia. Thank you Moon..

Maka bukalah parcel minyak wangi dan hadiahkan pada laki.. lama dah nak bagi tapi stok belum ada masa tu..beli dengan Moon. Ni beli pakai taram je. Agak berisiko gak ni nak bagi laki. Sekali dia suka..oklah kan. Bau sedap sangat..apa? Tentulah aku beli untuk diri sendiri juga. Keh keh. Dasar.


Malam nak jahit butang pada bantal. Tapi lepas dinner pergi tengok recorded MKR lepas bedal aiskrim vanilla. 2 episod aku tengok.. siap menyapu airmata. Aduh sedihnya tengok rancangan masakan pun menangis. Hati kapas koo..

Balik bilik tengok Aqlan masih belum tidur..haha makan lagi aiskrim malam2...sila bertabah.

Sofa dalam bilik..ok warna tak kena saja susun2 nak bagi gambaran saiz

Fish..fish..kata Aqlan. 

4 ulasan:

  1. wahhh perfume dr.harlina..sedap tak bau dia
    kemain lg bantal kekabu tu, mcm kedai jual bantal dah
    hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wangi...belum rasmi lagi.
      Bantal kekabu ada siapa nak beli? Hahaha..ni bukan untuk dijual.

      Padam
  2. cantik... untung ade kbolehan mjahit ni..
    bntal kekabu mmg best wak tdo..berbanding ntal span y beli kt kedai.sakit kepala..
    bntl kekabu klo beli mhl sgt skarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu betul. Kita pakai bantal kekabu sejak kecil. Kalau pakai bantal jenis lain tidur terganggu sikitlah. Tapi suka peluk gak. Tu pasal buat saiz camni.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.