Rabu, 5 Julai 2017

Macam2 Plan Bulan Raya Ni Kan..

Plan makan2 untuk siapa yang sudi datang tu macam plan saat2 akhir. Sebab apa tau, depa ni mesej pagi..petang nak datang. Ada juga bagi mesej sehari sebelum. Jadi bila nak sediakan juadah kena plan. Takda information awal, aku masak apa yang ada. Selalu jenis2 nasi mudah di masak. Tang lauk tu yang nasiblah apa ada. Kami bukan jenis simpan stok lauk mentah banyak2.

Jadi baru2 ni dah settled jamu tetamu nasi tomato dan nasi bawang. Aku ni memang jenis malas repeat resipi dalam masa terdekat. Ni siapa yang nak makan? Aku ke tetamu? Hahaha.

Kemudian ada invitation lain juga nak kena penuhi. Memang dah umur nak 40 ni nak buat reunion dengan kawan2 lama. Kawan sekolah jauh sangat kat KT nun. Ada je diorang selalu ajak2 aku thru group chatting. Kalau dekat dalam sejam perjalanan mahu juga aku pergi. Ni nak pergi sampai 5 jam kena fikir masak2.

Last month dah bertemu kawan2 ex-volunteer di Petrosains, jadi ada perjumpaan susulan sebab tak puas borak. Bulan puasa, minggu bekerja semua masih sibuk. Ada yang tak hadir. Yang jadi suri macam aku senanglah kot. Tapi tengok jadual laki jugak.

Yang kawan2 rapat pun sibuk dengan keluarga besar masing2. Ha la kalau dah adik beradik memasing 10 orang ke atas.. ko faham jelah. Nak raya semua memang tak dan.

Dalam masa yang sama, rumah pun nak kena kemas. Rumah aku ni biasa2 je. Aku bukan sejenis manusia tukar langsir dan perabot setiap tahun. Praktikal dan berjimat juga. Walaupun dalam hati ni ada niat nak tukar sofa atau at least sarung sofa.. kalau dah difikirkan bajet mahu juga cecah ribu ribu.

Bila bukan rumah sendiri, nak menghias sangat pun tak kuasa. Tapi kenalah kemas yang semak2 tu kan. Rumput pun dah lama tak cabut since jiran depan buat renovation rumah. Aku ada problem rasa diperhatikan. Dulu owner asal duduk Australia balik sekali sekala. Ni...macam 24 jam ada orang kat rumah. Tak pemilik baru, pekerja kontraktor. Tah apa lagi nak dibuat aku pun tak faham. Asyik bunyi drilling machine. Dah senyap seminggu dua..ada balik. Keliru lah...

Aku juga nak kena belajar let it go. Banyak sangat benda projek tersangkut. Especially untuk buat 'bandar Aqlan'. Ya aku suka membina. Aku suka model rumah, bandar dan jalan2. Asyik juga kalau tengok yang ada keretapi tu. Tapi mana pulak aku nak simpan benda tu nanti?

Dan bila dah start puasa ganti mulalah malas. Nak rehat. Buat kerja asas je. Masak dan cuci kain je. Buat baju pun tangguh padahal ada date line. Haha. Mana passion aku pergi...? Rumah pun nak kena bersih sebab terima tetamu macam banyak kali ni. Alhamdulillah tetamu bawak balik dosa2 kecil pemilik rumah.

Sekiranyalah aku masih kuat untuk mengalih perabot tanpa pertolongan macam dulu2..pasti banyak benda aku dah buat. Ni ada benda2 yang boleh dan tak boleh since beranak czer. After all nak kena call balik helper tu. Maybe dia boleh tolong alih2 barang. Hurmmm..

Kalau tak menjadi plan2 tu sengih jelahhh...


8 ulasan:

  1. takpe anis, pelan2 kayuh... mmg kadang2 rasa mandom, mood kelaut... layan kan dulu..pastu pelan2 bangkit... takpun mandi bunga bawah jematan.. ak siramkan.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni percaya sangat mandi bawah jambatan, pernah cuba ke dulu? hahahahaha...

      Padam
    2. penah woo mandi air tejun bawah jematan kat bukit belachan.. best gilerr..hahhaa. weii kalau ak layan mandi munger, dah lama ak kawen dgn raja nazrin shah... hahhahah

      Padam
  2. hari tu sepupu mak call pkul 9:00AM cakap nak datang tapi menjelma pkul 6:00PM mmg krik krik saaaangat rasa.. jangan gitu main janji tapi lambat or tiba2 menjengul depan pintu..

    salam aidilfitri ^^

    BalasPadam
  3. paling mudah kan bila orang nak beraya inform awal-awal,at least adalah persiapan tuan rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..sebab rumah bukan sentiasa ada bahan nak masak. Hehe.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.