share link kepada pemilik blog untuk tatapan pengambil hutang pinjaman pendidikan dengan PTPTN. di sini saya copy paste dari blog zaharuddin.
Ada
yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran
konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan
tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada
konsep ujrah.
Konsep
ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Atas
dasar
itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru
yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan,
namun
ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang
tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur
riba dalam kiraannya.
Apa
yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang
dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance'
atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara
kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
Dengan
konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan
kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan
tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh
lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan
dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 -
48 %.
UJRAH
Untuk
pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa
erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana
ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya,
sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan
di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja
tetap di institusi awam dan swasta. Ia
juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah
kontrak wakil (agency) seperti
seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan
tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan
syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
Justeru,
apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
Secara
dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan
formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah
terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
YANG BERBEZA
Bagi
konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
Upah
= Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Contoh,
jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu
peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
=
RM 2,100
Maka
jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam
tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
Jumlah
ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan
menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu
dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.
APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA
JUGA
Walaupun
tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak
tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan
kefahaman ilmu muamalat Islam.
Justeru,
sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa
Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap
tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama
antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama
dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada
jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah
terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
Sekadar
ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu,
institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj
kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis
peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan
berubahnya jumlah pemberian pinjam.
Namun
cara kiraan yang diguna pakai oleh
PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai
pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama
antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah
kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time
value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi,
kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang
paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
Menurut
keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang
berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi
kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam
hanyalah kos sebenar yang lahir dari
urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
Cara
kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan
formula berikut[1]:-
Ujrah = Actual Administrative Expenses During The
Year x 100
Average Asset During The Year
Untuk
mendapatkan average asset during the
period berikut formulanya :
Average asset
=
A1 + A2
2
Nota Keterangan
A
1 : Total asset at beginning of the period
A
2 : Total Asset at the end of the period
Cara
inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi
sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang
ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama
sedunia.
KESIMPULAN
Apapun,
yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang
lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru,
tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila
mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha
dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang
meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua
pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.
Sekian
Zaharuddin
Abd Rahman
16
Sha'ban 1430 H
08
Ogos 2009
aku sendiri akan komen bila dah selesai pendaftaran sistem ini. apa pun hutang tetap kena bayar! jangan lupa dalam kubur nanti, hutang2 yang tidak dibayar akan melilit kita dan di dunia ini hidup sentiasa tak tenang. apa2 hutang ajalah maksud aku.
sistem sebelum ini digunakan sebagai alasan untuk student tak nak bayar hutang, skrg dah tukar sistem yang lebih baik.. harap2 tak beri alasan lagi. takut tak berkat ilmu yg diperolehi.
BalasPadambetul, tak bayar hutang, akan rasa hidup ni terbeban. duit banyak pun tak cukup2 sebab tak berkat. banyak dah saya tengok terjadi pada orang sekeliling.
BalasPadamNanti jadi macam dalam iklan tu, malam2 jer tak lena tido sebab utang PTPTN tak bayar-bayar.
BalasPadamaku bukan peminjam PTPTN....hhehehhehe
BalasPadamkak azie; dah sign masa ambil htg, pandai2la bayar kan...
BalasPadampurple; ko nak jugak komen kan....tak kisahla, mane tau kot2 kwn kau ada.
aku masih hutang ptptn Rm1.5k... kui3x.. tolong byrkan eri-chan
BalasPadamwah sikit je lagi....... ko bayar sebulan brp wehh
BalasPadamaku takde hutang ptptn tapi hutang lain ada huhuhuh
BalasPadam