Ahad, 16 Januari 2011

Merasai Kehilangannya

Hari ni aku meneman zcat melawat kawannya yang kematian suami akibat kemalangan kereta di US. suami Hani, Hisham meninggal dunia dalam perjalanan arwah untuk ke pejabat pos. kemalangan diandaikan jam 11 pagi. tapi berita kematian yang disampaikan oleh pihak polis pada jam 2 ptg waktu US.

kami yang datang mendengar kisah Hani pada mulanya rasa ok dan dengar dengan sepenuhnya. kemudian Hani mula menangis bila pihak polis membawa bersama lesen memandu suaminya. ok tak tipu, air mata aku menitik juga.

pada pandangan mataku dan rasa hatiku, beliau sebenarnya seorang yang amat tabah. anak sulung mereka baru berusia 10 tahun dan Hani masih perlu pulang ke US bersama anak2 seramai 3 orang kerana perlu menghabiskan pengajian beliau di sana.

Hani dan Hisham, kedua-duanya ialah kawan sekolah zcat. semoga roh Hisham ditempatkan dikalangan penghuni2 syurga. amin.

9 ulasan:

  1. Sedih citer bukan senang nak lalui semua ni...alfatihah amin

    BalasPadam
  2. salam takziah.. semoga hani terus kuat hadapi apa jua cabaran mendatang.

    BalasPadam
  3. cabaran nak membesarkan anak2 tulah yang agak besar.

    BalasPadam
  4. Takziah buat seluruh ahli keluarga.

    Alfatihah.

    Mati itu pasti,
    Hidup insyaAllah.

    BalasPadam
  5. TAKZIAH buat famili HANI........
    alfatihah......

    BalasPadam
  6. salam takziah buat hani & family...al fatihah

    BalasPadam
  7. semoga hani tabah mghdapi dugaan..AL-fatihah utk arwah hisham

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.