biasa dengar? kalau perempuan dengar lelaki tu anak emak..mulalah mulutnya muncung..sebab..susah nak tackle anak mak ni. yelah asyik dengar cakap mak je. semuanya rujuk mak dulu.nak cari girlfriend pun mak kena tapis dulu...camner...
tapi.bagaimana sebenarnya lelaki itu anak yang taat emak? dia lakukan itu semata2 untuk mendapatkan keredhaan ibunya. dia tak mahu dianggap derhaka. menantu semestinya disukai mertua supaya rumahtangga rukun dan damai. tanggungjawab anak lelaki pada ibunya sehingga akhir hayat. tanggungjawab anak perempuan habis bila dia berkahwin. namun kita tetap boleh terus berbakti pada ibu bapa asalkan mendapat keizinan suami.
sekiranya lelaki itu anak yang taat pada ibunya, maka tak salah utuk memilihnya. lebih2 lagi sekiranya ibunya itu ibu tunggal dan memerlukan perhatian dari anaknya. namun pengalamn orang berbeza2. aku cuma bagi pendapat. sebab bagi aku, lelaki yang dapat menjaga ibunya dengan baik, menghormati orang tua, pasti dapat menjaga seorang wanita sebagai isterinya dengan baik. lelaki, mereka akan pilih isteri yang ada persamaan sifat dengan ibunya, dan wanita memilih suami yang ada persamaan dengan ayahnya. aku anak perempuan bapak. cuma, sekarang bapak aku sudah tiada lagi.
Kata orang, lelaki yang sangat menjaga ibu dan adik beradik perempuannya adalah juga lelaki yang akan menjaga isterinya dengan baik sekali nanti...
BalasPadamsetuju ngan kak azieazah..
BalasPadamwanita/isteri kena sedar.. redho sorang ibu terhadap anak lelakinya itu insyaAllah bawak bahagia dalam keluarga. wajib tahu, syurga suami/anak lelaki di telapak kaki ibu. Sebagai isteri kita redho kalau suami taatkan ibunya sebab itu kewajibannya.. dan kita sbg isteri wajib taat pada suami. insyaAllah...
setuju jgk ngan kata kak Aziezah...
BalasPadamlagi satu xsalah dia anak mak asalkan dia tahu jjgngjwb dia pd isteri n pd emaknya...
yup! org selalu ckp kalau dpt laki yg anak mak ni memang nanges la nnti..tak semua kot macamtu..apa2hal pun boleh bincang hati ke hati..
BalasPadamhmm tak tau nak cakap nok...pada aku suami dah ada istei jaga mak sampai akhir hayat...dan mak juga kena paham tjawab suami kepada isteri @ menantu nya..Alhamdulillah mak & mak mentua aku sangat memahami..tak pernah masuk campur urusan kitaorg..
BalasPadameri... nak cilok entry ni... menarik plak isi kandungannya. hahah bule?
BalasPadamya, lelaki yang cakap lemah lembut dengan mak dia, saya amat kagum. bukan lembik, tapi tegas dan penuh hormat.
BalasPadamcida; copy la ...selagi ia membawa kebaikan bersama.
betul ckp mereka2 yg diatas...
BalasPadamand as hubby & wifey, plak...
harus memahami, bertoleransi, buka pada perbincangan dan fhm tanggungjawab memasing..
Communication is very the important...
syukur alhamdulillah partner i & PIL i adalah wonderful :)
bagaimana pulak kalau ibu si lelaki tidak memahami keinginan anak lelakinya dan pilihan bercanggah sesama sendiri. ada jugak ibu si lelaki lebih memerlukan anaknya di sisi melebihi menantunya, sehingga sanggup mengenepikan si isteri. dan yang lebih sedih, macam mane pulak ibu si lelaki yang memang tak suka langsung dengan pasangan si lelaki walhal pasangannya adalah yang sebaik2 pasangan. macam mane pulak kalau situasi ini berlaku dan apakan nasib pasangan itu terbela di depan mata keluarga si lelaki tu.
BalasPadamsetiap perhubungan mesti ada masalah, cuma sebesar mana masalah tu jer yang kita tak tau lagi. pada pendapat aku, kedua2 belah keluarga adalah sama pentingnya, perlu di jaga, perlu perhatian yang sama.