Ahad, 30 Januari 2011

Buat Kuih Tart Nenas

aku buat kuih? oven pun takde macam mana nak bakar? hahaha..aku sebenarnya cuma tolong sapukan telur kuning je pada tart nenas yang dibuat oleh Ping dan Auntie Mui Jumaat lepas. aku sebenarnya mengantuk tapi dah janji nak datang tolongkan..aku pun menapak jelah..kata jiran depan sebelah rumah je...

mesti yang ada tertanya nantikan halal ke makan ni? bab2 halal memang sensitif kan. aku pun risau jugak weh...ok Auntie Mui ni mak Ping. memang tak masak babi dekat rumah. kalau nak makan mereka pergi kedai. 

setiap tahun diorang ni buat kuih tart, goreng kerepek arrow head, goreng opok2 kacang tanah, goreng crab stick..lepas tu panggil budak2 ofis datang makan. last time pergi ada KFC..haha.. diorang ni juga tak bela anjing sebab contohnya Ping, penakut sangat dengan anjing dan kucing..weiii mereka comel la..

aku pun ada seorang kawan yang jenis direct tanya Auntie Mui & Ping. masak pakai minyak apa. kuali pernah goreng babi tak...macam2 la..aku tak berani tanyala..haha..lama2 berani la...tahniah kepada kawan aku yang direct itu. 

ok masa aku datang Auntie Mui dah siap buat doh. jem nenas ada 2 bekas besar
hasil dari 30 biji nenas dan masak selama 4 jam. Auntie guna mentega Farm Cows -eh ada eh?, marjerin daisy dan tepung blue key. aku nampak apa yang adala..kan...telur of coz la ada...kan...

 Ping suka menambah inti tart...
 ini baru mangkuk pertama...
 masa aku sapu kuning telur, rasanya dah 200 biji..kemudian masih ada belen lagi..aiyyaaa..banyak wooo
 ok nampak golden tak?
 Auntie dah siap gulung2 tart, Ping kena potong2
lepas dah kena bakar..pergh gemok2 tart dia..hahaha banyak inti..terbaik dari oven..

2 ulasan:

  1. bestnya...suka tart nenas..baiknya eri chan tlg ping...bagus betullah...semnagat kejiranan gitu

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.