aku kerja dalam shopping complex. selalula tengok orang2 dengan pelbagai ragam. salah satunya yang pegang2 tangan. ada anak kecil dipegang ibu atau bapanya, ada adik dipegang kakak atau abangnya...yang selalu mestilah pasangan bercinta.
kalau cuti sekolah memang penuh budak sekolah datang main bowling, makan kfc atau mcD. tak pun lepak2 atas food court. cakap kuat2 pening kepala aku dengar. kadang lepas sekolah pun diorang boleh datang.
kalau dah pegang tangan buah hati tu, sampai tanak lepaskan langsung even tempat tu sesak. macam tak boleh dipisahkan langsung. macam nak naik lift ke atau guna eskalator. tengok mereka ni kadang2 aku fikir, kau bukan main prihatin pegang tangan, harap2 lepas kawen nanti peganglah "tanggungjawab" tu dengan sebaik2nya. jangan nanti sorang kat depan, sorang kat belakang. tengok mat saleh, sampai dah berusia pun masih berpegangan tangan. walhal masa tu tangan dah berkedut. kering. dah banyak bintik2 hitam. kasih biar sampai mati ye.
lagi satu, janganla bila mak suruh pimpin tangan adik lintas jalan ke tanak pulak. suruh dia jalan sendiri2. kang hilang adik karang, satu hal pulak nak carikan adik dia tu. pernah jugakla tengok budak2 kecil pergi tandas sorang2. kawan aku tanya dia, mak mana? mak dekat mcD. wah...macam bagus mak dia ni...biarkan anak pergi tandas sorang2. eh melalut lak cerita dari pegang tangan ke lepaskan tangan eh tanggungjawab.
kalau anda masih ada ibu atau ayah yang dah tua, mereka jalan lambat2..pimpinlah tangan mereka ni. jangan biarkan dia sendiri2 kat belakang. masa kecil2 mereka pegang tangan kita dengan rasa bangga dan bahagia, apa salahnya kita pegang dan genggam tangan mereka dengan bangga sebab dapat jaga mereka dan bahagia sebab dapat spend masa together-gether.
aku ke pasar tadi dengan emak, aku pimpin mak. bukan setiap masa, pasar kan sempit.tapi kadang2 bila pimpin tangan mak ni aku rasa kasih, dan kadang2 sedih. takut2 tak dapat pegang lagi. kasih ibu sampai ke syurga, harap2 kasih anakanda kepada bonda sama juga..
mak aku lak...dia tak suka pimpin tangan camno?? abah aku pegang pun dia tak nak...ehhe jadik aku pegang la tangan laki aku..hehe
BalasPadamterasa rindu pulak pada mak. hajat hati ingin membawanya berjalan2.. gembirakan hatinya. Bila lagi kan? Harap2 masih berkesempatan.
BalasPadamko keja kat soping complex mana beb....adoih..aku paling fobia keja dekat2 ngan soping complex nie..kompom2 keja aku melabur duit jerk kat sana..huhuhuh dugaan btoi...
BalasPadammak acu tak suka di pimpin...malu kata nye..
BalasPadamtapi kalau nak melintas jalan tu acu pegang juga la tangan dia..risau...
sy suka pgg mak sy....n lg satu takut dia jatuh....takut!!!
BalasPadam