lunch di kenduri kawin Aishah & Hazery
tea- break di Ali Cafe
dinner at Alexis
supper kat simpang kedai perabot Empire
sebelum supper pergi tengok wayang. kami tengok di Signature, The Garden. parking masuk di premier Rm7 sekali park. zcat kata yang penting dekat dengan pintu masuk. dia bukan jenis suka jalan2 kaki jauh. sendiri fahamla. bukan tak boleh jalan, tapi dia nak mudah. ikut jelah..orang nak belanja...
lepas beli tiket siap2 (mak aiiii..RM23 seorang..gold class ke??) kami pergi alexis makan kek..lepas setengah jam baru naik ke panggung, sempat lagi tapau pop corn dan air. seat couple. memangla selesa..lebar....luas..dan duduk betul2 tengah2. terbaikla tempat duduk kami..
Behmen(Nicolas Cage) dan kawannya menyertai perang salib dengan alasan hendak mengampunkan dosa. setiap peperangan yang dimenangi mereka akan diampunkan dosa untuk 2-3 tahun mengikut jenis dosa2. banyak perang yang mereka ikuti sehingga pada satu tahap Behmen telah membunuh wanita. rupa2nya gereja telah menipu mereka. mereka dikehendaki membunuh kanak2 dan wanita termasuk orang2 tua di dalam satu kawasan. sejak kejadian itu, Behmen dan kawannya berhenti mengikut perang dan mengembara.
pengembaraan telah membawa mereka ke kampung2. terpencil dan tiada orang kelihatan, rupan2nya mereka telah dijangkiti wabak seperti cacar. dan pihak gereja percaya itu akibat sihir. pada permulaan cerita pihak gereja banyak membunuh wanita yang dipercayai pengamal sihir. mereka digantung dan dilemaskan.
untuk mengatasi masalah ini, seorang wanita yang dipercayai telah menyebabkan penduduk diserang wabak (termasuk paderi besar) ditangkap dan perlu dihantar ke satu daerah untuk dibicarakan. sepanjang perjalanan banyak kejadian berlaku dan Behmen percaya wanita itu betul2 ahli sihir. 2 orang telah mati dalam perjalanan. pergh ada Kay yang kacak telah mengikuti pengembaraan ini diketuai seorang penipu besar yang akhirnya mati diserang.
sampai saja di daerah tersebut, keadaan sangat sunyi. kesemua paderi dijangkiti wabak dan mati. teaser, rupanya perempuan itu dimasuki syaitan dan mereka (syaitan2) perlukan spell book untuk dimusnahkan. kerana buku itu memusnahkan mereka.
pendapat aku, cerita ni masa adegan perang tak real dan for sure tak boleh lawan Lord of The Ring. casting pelakon ok bagi aku. latar belakang menarik..memang macam zaman gelap di Eropah ~ baca tak buku Sejarah Tingkatan 4 dulu2? agak ngeri masa mereka diserang serigala. aku tutup matala..
cerita ini hanyalah cerita ringan. jadi tak susah nak fikir. kesudahnnya kalau nak tahu sila tengok ya. hahaha saje tak mahu kasi tahu...lalalalala...
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.