Jumaat, 21 Januari 2011

PTPTN, dan baki yang perlu dibayar....

semalam aku copy paste pasal PTPTN buat new way untuk kutip hutang dari peminjam hutang (lapok). peminjam baru, dah sign surat confirm kena bayar tolak gaji. bila saje tempoh 6 bulan tamat lepas graduasi, maka kenalah bayar..kalau tak dapat kerja macam mana pulak ye? maybe mereka ada cara2 nak detect peminjam yang dah kerja tapi saja buat2 lupa nak bayar..sebab beli kereta lebih penting dari bayar hutang belajar. lagi nak kawin, lebih penting simpan duit untuk tujuan itu. menghalalkan hubungan. maklum sajalah 4 tahun main mata di universiti...tak tahan beb...(merapu pulak aku kan..)

okay aku mula start bayar March 2005. aku start keje secara professional March 2004. haaa setahun baru boleh bayar berdasarkan surat perjanjian..aku sendiri email orang PTPTN nak mula start bayar. diorang masa tu mana ada kejar budak2 peminjam ni. lagi nama aku kena semak..tah payah benar sangat nama aku ni..nama aku unik apa.. satu2nya di dunia ini...ehem aku lambat bayar sebab gaji masa mula2 kerja ialah RM1000.00..ok budak degree accountancy from UKM. sila jangan buat2 terkejut dan kasihan sebab aku dah berjaya pujuk diri aku masa tu jugak...company Melayu...

maka dengan selamba aku bagi tahu korang...baki pinjaman terkini yang perlu aku bayar ialah..........

nanti lepas buat kira2 sekiranya aku dapat menikmati kadar ujrah akak riba 1% dari baki pinjaman (kalkulator saintifik aku hilang...weh mane ni.....???) aku akan buat entry lagi...

aku selalu bayar bila dapat gaji.. dulu2 bayar tolak gaji (company lama). company sekarang tak mahu buat, aku bayar kat pejabat pos, mereka caj RM2 komisyen..kan banyak tu kalau setahun dah RM24. kemudian last few months sejak aku pandai online banking, aku transfer je..kena caj RM1. oklah kan.. aku nak bayar lebih2 tak dapatla..setakat RM200 saja yang aku mampu... alhamdulillah lepas tolak2 semua yang patut dibayar....aku masih dapat makan, beli baju...jalan2...erm...lepas dah kena bayar sewa untuk satu rumah ni..lagilah kena berjimat-cermat...huhu!

5 ulasan:

  1. ok sgt sbb u tiap2 bulan bayar...
    ada tu yg langsung tak bayar...
    last2 nak gi overthesea utk holiday,
    kantoi, tak dpt pegi coz tak bayar duit PTPTN....

    BalasPadam
  2. aku masih ingat lagi waktu aku potong gaji ko ada ptptn..hehehe....tetap kannn sebulan....ntah ntah tinggal sikit je skrang..syabas beteh

    BalasPadam
  3. Aduhhh ngeri gak tengok kira-kira tu. Sebab salah sorang anak Kak Azie belajar guna loan PTPTN ni. Nanti dah kerja kena bayar la balik. Wajib tu.

    Bila dah abih bayar baru leh fikir enjoykan duit gaji tu, kan?

    apa nak buat, ramai ibubapa tak mampu nak taja kos belajar zaman sekarang yang mahal...

    BalasPadam
  4. i tak pinjam dgan PTPTN ...tp dengan kerajaan negeri selangor..kira takde la seram sgt..lebih2 lg kerajaan negeri sekarang tengah lintang pukang dengan mak nenek masalah politik blablabla..rase2nye ilang dah kot sume fail2 hutang kitorang tu..wakaka!

    pst..pst..cantik header baru tu..buat i teruja nak pergi makan angin lagik..haha!

    BalasPadam
  5. sy blum buat penukaran ujrah tu..dah utang kan mmg kene byrlah dgn apa cr skali pun.....

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.