Sabtu, 15 Januari 2011

Mendengar Deritanya

aku dan fairuz dah lama kawan. dah nak masuk tahun ke-12. mula2 dulu diala yang tegur aku semasa di matrik. fairuz kecil aja orangnya, suara pun kecil.comel. adorable.

siang tadi dia telefon. masuk wad di hospital serdang. pembedahan. buang tiub fallopio sebelah kiri. mengandung luar rahim. aku terkedu. alhamdullilah pemeriksaan awal sebelum "kandungan" pecah, maka banyak benda dapat diselamatkan. benda? maksud aku organ dalaman wanita.

dulu dia mengandung kembar sepasang. selepas 12 hari, anak kembar perempuannya meninggal dunia. kini anaknya kashfi dah pun 2 tahun. berlari2 menceriakan suasana rumah dia dan suami. katanya kasgfi asyik menangis sejak dia ke hospital. aku sedih.

semasa zaman anak dara, fairuz selalu sakit bila datang bulan. tiap kali datang kena MC sebab tak dapat bangun. kesian dia. nasib je dapat roommate kaki buli. dengar sengsara dia. tapi tak tahu nak buat apa. 

kawan2 diluar sana, sekiranya anda sakit2 yang melampau sewaktu datang bulan sila jumpa doktor sebelum terlambat. kita semua berbeza. kita tak tahu apa yang terjadi nanti.

esok bercadang nak lawat dia. dah lama tak tengok muka penuh keibuan dia. huhu..semoga sahabatku ini selamat. amin.

9 ulasan:

  1. true friends bring out the best in each other

    BalasPadam
  2. sedihnya bc cite kwn eri chan...semoga kwn eri chan sembuh n sihat yer..kim salam kat dia yer...

    BalasPadam
  3. Semoga Fairuz akan selamat dlm segala ujian, dan tabah, lebih tabah dan kuat dari sebelumnya.

    BalasPadam
  4. dah balik dari melawat fairuz, dia kena berehat panjang dan sentiasa kena check-up dengan doktor sekiranya dia mengandung lagi. 10% mungkin terjadi lagi kandungan diluar rahim.

    BalasPadam
  5. semoga fairuz cepat sembuh..

    ada jugak kawan yang mengandung luar rahim. Doktor benarkan 2 kali jek untuk mengandung. Selepas lahirkan anak kedua, terus doktor ikat untuk selama2nya.

    BalasPadam
  6. kos pembedahan cuma RM39 kalau siapa2 nak tahu hargala. kalau private RM6-7 ribu.

    BalasPadam
  7. faham dengan erti persahabatan yang akan berkekalan sampai bila2

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.