Jumaat, 28 Januari 2011

Sikap Pentingkan Diri Di Surau2 Awam.

selalu solat di surau? aku tentunya. kerja dalam shopping complex, wajiblah guna surau yang disediakan pihak pengurusan. kalau jalan2 kat shopping complex lain pun, dah tiba masa, menapak ke surau jugak kan. tapi kalau driving rounding2 satu KL ke satu bandar di Selangor ke...aku suka solat di Masjid lagi...sebab ketenangan.

bukan surau tak tenang. tapi ada je jemaah yang tak menenangkan. dah tahu tempat solat, kat situ jugak dia nak lepak, makan, tido. berborak, guna handphone cakap kuat2. pening. yang baru nak angkat takbir kena 2-3 kali ulang sebab terganggu, yang tengah solat mungkin kena tahan diri dengar sebijik2 orang yang pentingkan diri ni dok mengumpat ke mengata ke si polan bin polan. 

kenapa ya? masih berlaku juga perkara ni walaupun nota peringatan jangan bising, jangan makan, jangan tidur, matikan handphone anda telah ditampal di dinding surau. ada yang aku tengok si mekap tebal, lepas ambil wudhu' mekap tak habis tanggal, dilap2nya guna kain telekung. dengan kesan lipstik, bedak...bau........? Ya Allah! sebab tu aku rela bawa telekung sendiri. walaupun nampak terbeban je. tapi aku pujuk diri demi nak solat dengan tenang.

jangan pentingkan diri sendiri. memang ada insan yang rajin ambil pahala cucikan kain telekong surau, tapi jangan ambil kesempatan dengan menggunakan tanpa perasaan tanggungjawab untuk menjaga kebersihannya.

4 ulasan:

  1. alin pon xbaper gemar smayang kat surau..1 sebab sempit..nak semayang payah nak bersiap pakai tudung balik pon payah jugak takot org lain terganggu sbb kite.huhuh

    BalasPadam
  2. salam..
    ada lagi ek berborak dalam surau..macam surau kat opis pulak..leh tido ngan borak2 hehehhe...pernah gak sound mamat yang berborak dalam surau awam, sebab borak punyalah kuat + gelak lagik tuh...

    eri-chan,antar alamat rumah ke email saya xplo76@yahoo.com untuk urusan adiah ari tuh.:)

    BalasPadam
  3. sis...tuh jenih PENGOTOQ mcm tuhlaa....
    ha'ah kekadang naik MELOYA nak pakai....
    apakah MELAYU dh setrap mcm PARIA????
    pengotoq subhaNALLAh...huhuhuuh

    BalasPadam
  4. jinkamen, saya menang hadiah apa? rasa takde masuk contest ni..hehehe...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.