Ahad, 9 Oktober 2011

Bila Dah Lama Tak Naik Kenderaan Awam

ah ya....memang kena naik je disebabkan takde kereta dah. kereta dah bagi zcat simpan. jadi pagi2 pergi kerja tumpang Ping. 7:30am keluar rumah ok. balik kerja naik bas. ayah dia tak jemput dah sebab nak parking susah.

jom layan foto2 bila naik kenderaan awam sesudah hampir 4 tahun berkereta pergi balik ke tempat kerja.oh ya sebelum itu sudah 4 tahun naik bas/LRT pergi balik kerja...apa barang nak merungut2. lagi seronok sebab takyah fikir kereta nak bawa laju mana...nak pintas/potong macam mana..nak signal ke hape ke...takyah fikir. naik je..bayar..duduk ke diri ke...diam2 sudah..biar driver fikir cara2 nak handle bus/LRT ke...hehe

meninggalkan ampang point. setelah membayar RM1. tapi kalau pakai TNG pastikan ada belen RM3 at least. (untuk bas rapidKL bertanda U didepannya) sebab bila touch dia charge RM2.50. bila go barula dia charge RM1. aku hari2 pakai cash je. haha..TNG tertinggal dalam kereta..bagus kan...

naik LRT pulak. masa tu nak pergi ambil kereta semula sebab nak tengok emak di KD sebelum mak ke Penang.




dah nak habis route stesen barulah nak ambil muka sendiri sebab dah tak ramai orang. haha fikir nanti orang kata aku ni pelanduk masuk LRT...terhegeh2 nak ambil foto muka sendiri lagi..

ini bas no U30. bas yang ada kemudahan untuk orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda. itu pasal luas..dan berdiri lebih syok. 10 minit je bas ni bawak...lagi laju dari aku bawak kereta bila nak balik ke rumah mahu 20-30 minit hari2..tapi itu sampai depan rumah..ini bas berhenti tepi jalan besar..aku kena jalan kaki lagi 400-500 meter.

hari yang tak banyak kereta...amat jarang sekali lengang macam ni dari ampang point ke bandar baru ampang ya.....JARANG ok! 
LRT lagi.....sampai Seri Petaling..nasib RM2 je..masa ni dah ada TNG balik...hehe senang sikit

macam2 kelas orang naik LRT. seronok tengok gelagat orang

Stesen Seri Petaling. sesaknya....


selalu balik langit gelap je...hari ni Ping mintak kat bos nak balik jam 6petang. sebabnya jalan ke rumah kitorang ditutup sebab ada upacara sembahyang tokong yang agak besar. bos agree..hehe

yeay muka orang gembira balik jam 6petang. sekali setahun? entahlah...

kan ramai orang kat sini...terlepas tarian naga..marilah balik rumah je...

3 ulasan:

  1. berapa tambang pegi balik satu hari naik pengangkutan awam ni?

    BalasPadam
  2. bas2 ni ikut zon. tapi dari umah i ke ofis pergi balik RM2 je..yang kena RM2.50 tu jauh km la la jaraknya. bas pun selesa..rapidKL ye..bas metro & SJ i tak tahu tambangnya..tak suka naik, pemandunya suka berebut2 penumpang.

    BalasPadam
  3. dah lama aku tak naik kenderaan awam ...pemalas lipas hehehe..tak sanggup...sanggup aku naik teksi..hover kan

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.