Ahad, 30 Oktober 2011

Telekung

kalau ke surau/masjid aku mesti nak angkut telekung sendiri. sebab ada telekung2 awam ni yang agak geli untuk dipakai setelah dipakai olah pengguna2 lain. ada kesan mekap, basah dan aku tak puas hati sebab selalu kain2nya pendek. memang akan nampak kaki dan terbatallah solat dengan sendirinya.

selalu beg aku jadi kembung sebab telekung. lagi aku suka pakai kain pelekat ganti kain telekung yang warna putih dan kadang2 pendek bila dibeli siap. so dalam beg aku akan ada macam2 benda. jadi beg2 tangan kecik aku tak boleh pakai. kalau pakai pun majlis yang nak dihadiri tu kejap je masanya.

sudahnya, zcat belikan telekung. agaknya sebab aku suka cakap pasal beg aku kembung...telekung surau busuk..telekung tak bawak pulak. macam2 la aku ni kalau dah start borak..ngeeeeeeeee..

dah dapat telekung ni aku pulak direct cakap. telekung ni jarang. kain dia pendek. i pernah nampak orang pakai telekung jenis ni..kemudian kipas angin kuat sangat dah terlangkup telekung ni ke depan waktu dia sujud. sudahnya aurat nampak. dah batal...

tapi...aku pakai je telekung ni selepas dicucila. aku akan pakai tudung, dan setokin. sebab telekung ni jarang dan kain pendek. takde harapan nak tanggalkan seluar/kain. sebab jarang sangat.

anyway, thanks zcat! hehe.

7 ulasan:

  1. comelnya beg telekung tu eri chan...sy pun suka bwk telekung sndiri...mcm eri chan jgk ..kdg2 telekung org lain kainnya pendek..jenuh nk jg spy kaki tak nmpak..

    BalasPadam
  2. cumilla beg telekung ni...me too goli nak pakai org lain nyer...

    BalasPadam
  3. tak pe beb...kawen dpt lagi as hantaran...yang elok sikit

    BalasPadam
  4. hanim & posh ; memang comel. backpack kecik pun muat.

    BalasPadam
  5. beg telekoNg chumiLLL mcm tuan dia...

    aah betoi tuh, kalO pakai hat DISEDIAKan...memang ahem-ahem laa... geliss.... selesa jugak bawak sndiri....tuh beg jadik besaq....eehehhehe

    BalasPadam
  6. Bawalah kemana shj telekung travel yg kecil saiz nya muat letak dlm handbag.senang di bawa kemana shj.jom order di facebook telekung travel sharzlin atau email sharzlin83@yahoo.com. Murah rm20 shj. Kini tiada alasan utk tidak solat lagi

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.