Selasa, 18 Oktober 2011

Free Samples; Kotex - Pantyliner

aku ni kekadang datang rajin terlebih aku akan tengok website2... dan..dan...suka naa mintak free samples. dah dibagi peluang untuk cuba percuma...apa lagi...harusla isi form.

sebenarnya dah lama aku dapat sample ni. masa bulan puasa lagi. tapi aku baru nak buat entry setelah menggunakannya. yelah kan baru aku bagi tahu feeling2 lepas guna. kira aku bagi testimoni. kotex bagi free samples, aku bagi free entry untuk diorang.

ok inilah yang aku dapat.

agak menarik sebab ini keluaran terbaru




pandaila kan guna kaler hijau..memang nampak dan rasa fresh

gentle care & ultra v-care. masing2 aku dapat 2 sample.


gentle care ni bagi aku sesuai la sangat untuk orang yang berkulit sensitif. "tang" situ memangla sensitif tapi super sensitif macam aku ni..sangatla sesuai. contoh..aku tak boleh pakai panty yang selain dari kain cotton. harusla aku rasa gatal2 je nanti. itu pasal beli panty pun boleh berjam. begitu juga panty yang renda2 ni...(tapi - keluar tajuk sikit, yang panty harga mahal / kain jenis bagus tu takdela pulak gatal2nya).. memang saja la kan. kita2 perempuan mestilah penjagaan lebih...aku ni pencuci wanita pun aku dah tak pakai. dulu2 pakaila..tapi nak dapatkan yang terbaik payah. last2 aku stop je. penat aku mencuba pelbagai variasi kat pasaran.

yang ultra v-care ni lagila terbaik. ini untuk penjagaan vagina. so pendek katanya jadi v-care. kita perempuan2 ni period tiap2 bulan, lagi kadang2 ada discharge. jadi penggunaan pantyliner ni memudahkan kita nak bersolat. tak perlula bertukar seluar dalam bagai. tukar pantyliner dan guna yang baru. fresh!

disebabkan aku menyukai produk ni, seriusla aku tak tipu sebab dah try, aku pun dah beli dan guna. aku beli pun yang ada scent green tea. sebab aku suka feeling2 fresh. ehehehehe..

ya memang ada jugak dengar penggunaan pantyliner ni tak elok secara berterusan. aku selalu pakai pun bila kerja dan keluar rumah. ini disebabkan aku nak mudah bila nak solat. nak tukar2 panty tak kuasa la. takkan aku nak pakai pakai-buang panty. lagila aku tak kuasa.

terpulang pada masing2. anda lebih tahu kawasan sensitif anda.

untuk ke laman web kotex dan dapatkan sample percuma, aku daftar diri jadi ahli. senang je....silala ke alamat ini.http://www.kotex.com.my

3 ulasan:

  1. i pun guna yg nie sis...
    senang kan *pakai buang*...
    solat tanpa was-was gitu...

    BalasPadam
  2. mmg nmpak lain kan sbb dah terbiasa kotex kale biru.mmg ske pakai kotex ni sbb best.lg plak ratu kalau period jenis heavy...tp sejak double heavy ni terpaksa pakai sofy yg 38cm...dh mcm pakai pampers gamaknye...hehe..

    BalasPadam
  3. yup aku pun tak pakai apa hygene...sejak kena keputihan teruk dah 2 tahun aku cuci air biasa je..itu yg terbaik doc sarankan...even tak dtg bulan monthly aku masih pakai pad gak sbb pregnant ni kuat terkench

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.