khamis lepas aku terima 1 mesej dari Biyah. aku agak musykil sebab dia ni tak pernah mesej2 aku. tapi no. handphone dia memang aku simpanla. aku baca je mesej terus tergamam. katanya nak mintak tolong hantarkan di ke Hospital Putrajaya. adiknya Ed masuk ICU. dia kena jumpa doktor sebab ada benda nak kena discuss.
aku jadi terpempan kejap. terus jumpa bos aku nak ke hospital. dan-dan sempat nak isi form EL, kawan2 marah aku cepatla pergi. hahaha..ok ini serius.
aku pun pecut ke Bangi. elokla time jam 12 tengahari..semua keluar lunch. jalan penuh dengan kenderaan. sampai je area rumah kakak aku nampak biyah dengan mariah di kedai. terus aku angkut diorang ke hospital. mariah dengan baju sekolah tadika..makan semua tak sempat.
kitorang sampai Hospital Putrajaya pun ada la lagi 1-2 minit masa lawatan tamat. ah..aku pun menunggu la di bilik dengan mariah. biyah jumpa doktor. itulah tak pernah datang..sesat masuk presint. tahu ke alamanda je kan.
alang2 tak dapat melawat, kami makan dan solat zuhur. zcat call nak datang menjengah. dia tahu pun sebab aku tanya dia kat mana lokasi hospital. senang, sila masuk exit ke-3 Putrajaya presint 7. dekat2 dengan balai bomba & polis.
jam 4 kami masuk. biyah tengok dulu. masa tu ada la beberapa kawan Ed datang menjengah. aku tak boleh tinggalkan mariah dengan zcat, dia tak biasa, muka dah semacam masa tu.
bila aku masuk, aku tengok keadaan Ed dengan topeng pernafasan, macam2 wire cucuk kat tangan...anak buah aku disyaki demam denggi berdarah.
hari ke-2. tetap menjawab panggilan kawan2 sehingga bateri kong. |
22 Oktober, birthday girl sambut dekat hospital. cian mariah. dah 5 tahun. |
akhirnya ada jugak aksi lucu, yuhana bawak balik bubur pulut hitam ed. hahahah..macam pencuri. |
aku berdoa Ed keluar hospital cepat. dia nak ambil SPM 14 November ni. teringat pulak zaman aku kat uni di tahun akhir tengah minggu exam suspek denggi, sudahnya aku ambil exam dalam bilik pensyarah. hehehehe..
kalau dah demam 2 hari tu, pergilah jumpa doktor. jangan malas macam Ed. memang nak kena ceramah dengan aku lepas ni.
sedikit info;
waktu lawatan - jam 12 tengahari - 2 petang, 4 petang - 8 malam
wad ICU - hanya 2 orang dibenarkan masuk setiap kali. kanak2 dilarang masuk. kena tinggalkan IC/lesen.
wad akut - hanya 2 orang boleh masuk setiap kali. kanak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan (tapi tak strict, kitorang ramai2 masuk je)
Pengalaman Kak Azie kena tahan 5 hari di wad kerana denggi, cukup perit. Kak Azie dapat rasa, betapa sakitnya badan dan bisa tulang.
BalasPadamMakan tak lalu, muntah jer lebih.
Semoga segera sembuh. Nanti buat Sup Ketam boleh cepat sembuh denggi.
moga ed cpt sembuhlah.sian dia.mmg ramai yg kate mkn sup ketam elok kan cubala mane tau kan...
BalasPadamdah bagi makan dia pulak loya. tapi itulah budak, antibodi tinggi, badan lemah tapi tetap ceria.
BalasPadamaku pernah pengalaman jaga tunang demam denggi..huhuhu..cukup la sekali...yg penting demam jgn di abaikan..makan sup ketam byk2...blh turunkan platlet darah
BalasPadam