Selasa, 5 Julai 2016

Balik Kampung...Hey Hey Balik Kampung Beraya

Plan asal nak balik sesudah subuh. Sudahnya terlajak beberapa jam kemudian. Hahahaha. Ini semua sebab penat sangat memasak kerutup daging semalam. Dia punya letih sampai aku letak kepala tidur terus. Bukan sebab tu je...aku juga sempat siapkan sepasang baju raya untuk Aqlan. Dan hias tudung raya aku dengan bunga2.

Dah siap kami shoot ke Glenmarie Shah Alam dulu. Hantar adik ipar nak pick up kereta untuk dihadiahkan kat Mama. Kereta baru aku tak dapat pergi tengok sebab Aqlan tidur.

Ada orang agak excited..hehehe





Lepas tu barulah kami balik....lalalala..jalan lengang je. Sebelum zuhur kami dah sampaila. Lepak2 rumah mak dulu sebelum check in ke homestay Kuala Medang.

Bila dah check in baru perasan beg toiletries tertinggal. Siap minta adik ipar check kan ada tak tertinggal. Erm memang sah elok je atas meja makan Aqlan. Disebabkan aku pakai lens dan tiada pencuci lens...dan tiada cermin mata sebab semua dalam beg tu...terpaksa keluar balik untuk beli. Walaupun mengantuk dan penat tak habis. Sebab semalam tidur jam 3.30 pagi. Hahahaha.

Beg toiletries yang tertinggal

Kami ke kedai Koperasi Felda dulu. Takde. Kemudian terus ke Kuala Lipis sebab tu bandar paling dekat berbanding Raub. Erm pasaraya macam takde di Centrepoint ...takde..macam dah shut down sepenuhnya. Hanya ada kedai2 kecil. So cari2 ke Bandar Baru Lipis dan nampak signboard Kedai Optik. Terus teruja. Dah sampai takde pulak. Aku pun macam dah pasrah je. Bandar kecil apa kau expect. Aku pun ke 7E sebelah. Tahla aku cuma nak beli air sedap. Sekali nampai pencuci lens yang botor travel. Bantailah beli walaupun brand dia aku rasa tak pernah pakai. Asal ada katanya...

Kemudian balik...rehat2 sikit jam 7 malam pergi rumah mak untuk berbuka puasa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.