Isnin, 25 Julai 2016

Resipi Nasi Mediterranean - Salin Dari TV Al-Hijrah

Tak tahu nak masak apa dah buka puasa 6 hari ni. Tengok apa bahan yang ada teringat ada rakaman rancangan Prof. Dr. Muhaya di TV Al-Hijrah.

Nasi dimasak dengan cara sangat ringkas jadi aku tertarik. Lagi satu lauk semua masuk terus. Tak payah nak masak 2-3x..ingat aku rajin sangat. Aku tak tahu siapa tetamu yang masak tu tapi aku nak komen sikit kat cameraman... kenapalah tak shoot masa diorang masukkan bahan2 dalam periuk. Ni shoot muka tetamu dan Prof.  tu. Aku suka tengok MKR sebab cara shoot kepada cara masakan tu. Jadi ya....silalah..aku pun bukan rajin tengok rancangan masakan Malaysia. Selalu aku layan kalau ada Chef Wan atau Shersean. Ya kamera dari atas tempat tinggi memang penting.

Oklah aku salin pun sebab aku dapat rewind beberapa kali. Kalau tak....sebab cari kat google semua yang masak macam nasi Nandos tu. Kalau ikut Chef Wan.. hehe nangis nak sediakan bahan. Kata nak masak apa yang mudah didapati..

Ini yang aku masak hari nilah... sebab Zcat lepas makan dia suka sangat. Siap bertambah2..anak aku pun makan. Tu je yang penting.


  1. 1 1/2 pot Beras Faiza Kohinoor basuh dan toskan.
  2. Ayam fillet 10 keping potong saiz boleh ngapp terus.
  3. Untuk perapan ayam masukkan 1 sudu besar cajun, 2 sudu besar jintan manis, 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan sedikit garam. Perap ayam dan buat benda lain.
  4. Bawang besar sebiji potong dadu.
  5. Bawang putih 3 ulas hiris.
  6. Minyak sapi 2 sudu besar untuk goreng ayam setengah masak dengan api kecil. Siap masak angkat dan letak tepi.
  7. Menggunakan periuk nasi yang sama masukkan butter dalam 50gm untuk masak bawang2.
  8. Masukkan beras dan kacau sebati.
  9. Tambahkan serbuk kunyit satu sudu kecil untuk warna. 
  10. Pindahkan periuk nasi ke dalam bekasnya untuk dimasak seperti biasa..25 minit.
  11. Masukkan air 2 cawan. Kalau masak 2 pot air jadi 2 1/2 cawan. Gitulah seterusnya.
  12. Kacau sebati dan masukkan garam bukit satu sudu.
  13. Dah siap masak masukkan daun ketumbar.
  14. Lebih meletup makan kalau ada sos pencicah campuran tomato, daun ketumbar, lemon dan garam. Yang ni Zcat buat dia pakar. Semua bahan tu dia blend je.
Ada la lebih sikit untuk sahur esok. Kami makan 3 orang cukup sangat.



6 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.