Rabu, 20 Julai 2016

Ke Penang Naik Haval M4 Tak Penat!!

Zcat selalu ke Penang untuk urusan kerja naik flight je. Tapi kali ni ajak aku sebab boleh pinjam kereta Mama...sebab Mama tak ambil lagi keretanya. After 1000km dan lepas servis kali pertama baru Mama akan bawak2 di Ipoh la.

Ye memang kami ada pergi juga ke Penang tu naik MyVi. Tapi kereta dah lama...dan power pun 1300cc je...so penat dia lain macam. Aku zaman2 anak dara dulu selalu jugak ke Penang bawak Myvi ni dengan Mak aku. Puas berjalan tapi penatlah badan..yag drive dengan yang menumpang sama je. Haha.

Yang Haval M4 ni aku memang tak bawakla. Zcat je bawak. Aku kereta orang lain susah sikit nak bawak. Aku selesa bawak kereta aku je walaupun...kereta aku dah masuk 8 tahun. Alhamdulillah Zcat hantar servis selalu dan every 2 years tukar tayar.

Untuk perjalanan jauh dan lalalala kereta ni selesa dari segi pemanduan. Tapi dari segi space..aku tetap suka Myvi. Kalau duduk belakang, sempit sikit tang nak letak kaki tu. Boot dia pun lagi kecil. Kereta ni sesuai untuk orang takde anak ramai. Tapi kami anak satu ni pun rasa tak muat barang2 kami kalau pergi jalan lama2. Car seat pun kena letak tengah sebab kaki Aqlan tak selesa nak belunjur. Yeah orang bujang dan berdua je memang sesuai. Kereta ni power ya. Harga pun mampu milik.



Sampai Penang, Zcat tolong check-in di The Light Hotel dan dia tinggalkan kami sebab nak ke pejabat terus. Kami pulak kena duduk sejam tunggu bilik siap. Aku sampai kena masuk restoran sebab Aqlan nak makan kek coklat dan kehausan. Kata nak call kalau bilik siap...akhirnya aku yang kena tanya..haiii...dah tu tak kuasa dah nak pergi lounge dan minum welcome drink sebab dah minum teh tarik RM9 ya.





Untuk gembirakan anak, aku dan Aqlan ke pool terus lepas dah letak barang. Bila hujan, naik tunggu bawah bumbung. Hujan berhenti sambung berendam balik. Nak ke kolam dewasa takla sebab kali ni aku kena control sendiri anak aku yang sukaaaaaa sangatt air kolam.

Asal nampak telefon mesti nak guna. Kemudian aku cepat2 tarik wayar sebab risau dia call tah siapa2 nanti.

Helo...swimming pool level berapa?

I nak tukar baju berenang dah ni.





Masa hujan kami berteduh. 


Dah balik mandi terus tidur dia. Tak sempat minum susu dah. Penat sangatlah tu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.