Khamis, 7 Julai 2016

,

Balik Rumah Kami Ikut Jalan Bukit Fraser

Sebelum balik kenalah bergambar. Tapi aku miss out bergambar ramai2 kat rumah mak sebab dah balik ke homestay nak berkemas. Jadi sambung bergambar kat rumah Abang Choi. Yome je takde sebab dia dah ke Cameron Highlands cuti2 anniversary ke-9. Gitewwwww.

Apapun sempat sarapan nasi lemak RM1 yang dibelanja Abang Nan suami kak ted. Sebab nak tunggu sate kak pa jam 10.30 pagi macam lambat..hahaha.


lepas dah makan, kami ke kubur kejap. kemudian ke rumah mak kawan kak ma beli dodol. kak ma beli buah salak...errr aku tak suka..


sekilo RM32

Bersambung raya di rumah Abang Choi memang meriahlah. Penuh macam biasa rumah orang kalau kami anak beranak adik beradik cucu semua datang. Mak dengan Abang Lut tak join. 

Ermmm makan nasi impit dan kuah kacang serta rendang ayam. Sedap tak terkata. Nak makan banyak....kain baju macam tak izinkan. Hahahaha.

kami adik beradik perempuan dapat berkumpul..dengan abang sulung kami..yeayyyy..

manjalah pulak kak dewi dengan abang choy..hehe

nasib tak terselak kain aku tu...pasal shawl korang jangan tanya dah kenapa jadi macam tu
ni pun sepatutnya sesi bergambar orang perempuan sahaja..itu budak laki,,,hishhh

kak long Suhana ister abang choi dengan kak dewi


Lepas dah sesi bergambar dengan kecohnya...laki aku kena jadi leader pulak untuk pulang ke KL. Sebab jalan jammed.




melalui jalan lama ke bentong..bila lalu sini teringat zaman2 aku dan bapak dalam kereta dan selalu kena bacakan papan tanda sebab bapak suka dengar aku baca kuat2.



kat tandas umum ni lah kami semua membersihkan diri...kereta kak pa naik, 2 anakd ia muntah...ermmm lagi pening.



dah lepas mandikan dia walau air sejuk...dia boleh ceria lagi...lupa dah muntah..

Zcat dah tak larat ke sini tapi aku pujuk juga sebab bila lagi nak naik atas ni...,memang tak dah memandangkan jalannya dan kesan2 ambil jalan ni..haha.




melalui jalan lama memang ambil masa yang agak lama tapi tak perlu terhenjut2 tekan brek dan berasa cemas bila tengok pemandu yang bawa kereta secara tah hapa2. jam 10 lebih kami berhenti di R&R Elmina untuk solat jamak takhir dan barulah balik rumah.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.