Rabu, 6 Julai 2016

Hari Raya Aidilfitri 2016 Kami Seronok Sangat

Raya kali ni ramai yang balik. Jadi seronok sangat. Mak bila plan nak balik raya kat Koyan, kami akan pastikan diri kami balik jugak. Sebab bila mak tak balik,  mak raya rumah mana2 adik beradik, jadi kami laki bini akan balik rumah Mama. Kompromi la..

Pagi raya dah lewat keluar, jadi solat Aidilfitri kat Masjid Kampung Kuala Medang. Tak ramai orang. Puas hati. Nasibla Aqlan behave sangat. Maybe sebab takde budak2 lain yang boleh join main.

Lepas solat kami ke rumah Mak. Nak makan. Lapar. Tapi ada sessi bergambar keluarga pulak. Jadi kami settle dulu. Pastu pergi makan.

Keluargaku yang kecil.

Keluarga Kak Ted

Mak dan Abang Lut

Keluarga Kak Ma. Suami dan anak sulung raya di Terengganu.

Kami adik beradik yang balik dengan mak. Masa ni abang choi dan kak dewi belum sampai.

Keluarga Yome

Keluarga Kak Pa. Suami raya di Mekah.

Yuhana nak bersalin dah bulan 9 ni.

Rumah Pakcik Tiron


Dah habis bergambar kami pergi ziarah ahli keluarga blok. Rumah pakcik Tiron. Haiii penuh kami sekeluarga besar duduk kat ruang tamu. Lepas tu nak ke rumah pakcik Idris..nampak abang choi sekeluarga Pastu sampai..aku dah mengantuk gila..sampai turn rumah Makcik Salmah kami minta diri dulu. Aku punya mengantuk tu memang tak boleh tahan dah.

Balik rumah tidur tak sedar diri. Lepas asar keluar balik beraya. Dari rumah Pakcik Haji Yasir, ke rumah arwah Pakcik Haji Syafaat ke rumah kawan kak pa dan kawan kak Ma. Pastu balik akhirnya..adoi penat gila.

Rumah Haji Yasir

Tak ingatlah rumah siapa

Rumah Pakcik Idris

Rumah Arwah Haji Syafaat 

Rumah Arwah Haji Syafaat 

Kat mana2 kami pergi raya...penuh dengan ahli keluarga kami je. Gambar2 di atas ihsan adik beradik. Hehe. Ada juga aku ambil. Malas dah nak claim mana satu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.