Ahad, 24 Julai 2016

Sambutan Birthday Anak Sebagai Alasan Jumpa Kawan2

Aku kan memang tak minat sangat pergi birthday party budak2. Tapi tu sebelum aku ada anak la. Aku rasa krik2 sangat bila dijemput tapi anak takde pun. Hahahaha..tapi kalau ahli keluarga takkan aku tak pergi kalau dah diajak.

Jadi bila dah ada anak kan ada yang jemput datang birthday party anak dia, aku cubalah pergi. Alasan aku nak jumpa mak atau bapak budak tu je. Hahaha. Dah mak pak budak tu kawan aku...

Hari ni aku ke birthday party merangkap open house seorang kawan lama masa kerja stagno dulu2. Dulu2 kami semua bujang trang tang tang...ada kawan tapi mesra semua tah ke mana2. Hahaha. In the end hampir semua kawin dengan orang lain yang bukan dikenali ketika di stagno pun.

Move forward, hidup diteruskan..

Shawl resepsi kain beli kat Gulatis tahun 2012
Baju dan seluar beli kat MonoKL Bangi


Bukan selalu pakai lipstik pink. Maybelline matte ni aku suka.

Aku dan Mimy. Wanita agam Stagno. Hehe.

Yang maintain si Irna. Mimy dah start diet dan aku makan selagi boleh. Hahaha.

Aku dan Irna mak si Putra tu..2 tahun juga umur budak tu sebaya Aqlan

Bihun dan daging tetel sedap gila

Mee kari sedap sangat2

So di party ni ada bouncy castle. Si Aqlan tidur jadi dia bangun masa keluar kereta blur2. Hahaha. Bila dah ok baru dia nak join budak2 lain. Jadi cerita dia galak sangat masa orang lain pergi tengok acara potong kek dia tersembam...dah benjol..nangis dan muntah sikit. Haiiiii terusla kami nak balik. Bawah ni semua muka sebelum kejadian. Adoiii.





Blend la kamu dengan kaler bouncy castle ni. Hahahaha.

2 ulasan:

  1. cantik..
    lya plok suka g birth party..suka tgk birth backdrop n kek.. hehe..kalah budak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tengok cuaca jugak. Nasib mereka baik tak hujan hari tu.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.