Hari ni preparation kerutup daging je dah berjam2. Dari proses potong daging batang pinang besar2 suap mulut je nak makan, marinating dan sedia bahan2 tumis dan campak2.
2kg RM70. Batang pinang ni kat bahagian kaki lembu. Takde tulang dan lemak. Sesuai buat rendang. |
Best betul pakai pisau ni...baru lepas asah..mintak laki buatkan. Aku tak reti mengasah pisau. |
Guna santan kelapa sawit. Sedap pulak... |
Oleh kerana laki cakap masakla ikut kebiasaan bukan ikut buku, maka aku pun dengan gembiranya menyediakan juadah itu. Maka kuali dipinjam dari mak amgkat aku Cik Zaitun. Kuali aku tak muat nak letak 2kg daging. Dan segala bahan lain.
Lepas Isyak baru aku start masak...tu pun macam2 hal antara waktu tu aku buat.
Basuh kain, pek baju nak balik koyan...paling win jahit baju raya Aqlan. Kes kain habis diguna pakai untuk buat baju Melayu Abah dia, aku ke Kamdar lagi beli kain yang sama. Nasib ada lagi. Pastu aku sakit2 2 hari, hari ni lepas asar baru potong kain dan siap jahit juga akhirnya selepas berapa kali alter leher. Arghhhh.. dan juga siapkan hiasan pada tudung raya..gitewww.
Yang penting kerutup aku menjadi. Esok bawak balik Koyan bagi adik beradik makan. Tetamu...makan benda lain. Hahahahaha sebab aku buat memang untuk jamu adik beradik. Maklumla aku sejak kawin mana pernah masak untuk diorang semua dan makan kat rumah aku. Memang selalu aku masak kerutup bila raya je dan bawak balik. Hehe.
Uish tak sabar nak jumpa diorang semua...kecohla.....
tgk sntan tu, mak yui suka guna. heheh
BalasPadamslmt hari raya kak.
selamat hari raya babe, kita kosong2 ye :)
BalasPadam