Jumaat, 1 Julai 2016

Nak Merasa Steak Stacks By Las Vacas

Hari ni mengantuk tido sampai jam 1 petang...lepas letak kain dalam mesin sesudah subuh..kes Aqlan muntah selambak atas cadar katil kami...jam 3 pagi baru sedar...keletihan dan makan banyak sangat semalam Aqlan. Nasibla laki sangat membantu...menukar cadar semua. Sementelahan aku kena mandikan budak tu jam 3 pagi..

Lepas jemput adik ipar kat LRT Kinrara ke Singer dalam Giant nak beli benang. Alahai sedih collection benang...dapat beli satu je.

Kemudian ke IOI CITY Mall. Nak makan steak. Aku tak daya nak masak hari ni. Tanak makanan Melayu sebab hari2 dah makan. Nak ke Tony Romas dah fully book for iftar. So cubalah Stacks by Las Vacas. Pintu masuk diorang kena tolak dan berpusing...berat gila...

Dah book kami pergi cari kasut raya...alamak kasut raya H&M yang aku berkenan dah naik RM20. So aku beli Vincci je. Haha. Kemudian pergi lain2 kedai berlambak kasut serupa. Nak beli kasut kaler nudes takdak yang menarik. Buka puasa minum air jus kemudian pergi solat. Ramainya manusia......

Balik ke kedai makanan aku semua dah ready dan sejuk. Minta panaskan balik. Steak ribeye RM55. Dah panaskan balik dah kering sikitla jus dia..

Medium well. Roti sedap. Salad sedap. Steak so so aje. 

Pergi Watson's dan grab apa yang sesuai untuk dibawa balik kampung...dan dan...aku beli termos La Gourmet sebab ada 50% off kalau beli barang lebih RM20 atau beli mana2 barang Watson's. Terbaik..nanti cerita rupa termos. Ada 2 ya...bukan 1.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.