Isnin, 11 Julai 2016

Dinner Treat For My Birthday Celebration Today!

Mulakan dengan Bismillah. Alhamdulillah umur naik setangga lagi dengan izin Allah.

Tak tahu apa pun plan suami sebenarnya. Tapi sebab mak mertua dah terbocor rahsia malam semalam jadi cuma tak tahulah kat mana pulak nak makan..

Lepas maghrib keluar. Budak Aqlan kena tinggal. Bagi peluang abah dan ibu nak berdating. Kalau bawak nanti spoil pulak.

Dalam perjalanan tu still teringatla kat Aqlan.

Suami bagi pilihan 2 tempat...aku terus pilih tempat tak pernah pergi.. The Restaurant at The Club, Saujana Hotel Resort di PJ. Mula2 je dah salah masuk lobby. The Club 200 meter dari main entrance for the resort.

Takde orang sangat...tempat exclusive dan senyap je. Masuk2 bau wangi menusuk hidung. I like sangat2.

Bila dah duduk tu apa nak order pun tak tahulah. Tapi bila nampak hidangan steak aku pun macam nak makan lagi...sebab last makan steak kat Stacks by Las Vacas tu sedihhhhh.

Mula2 nampak gak menu Wagyu tapi takde logo Chef Recommendations pun. Better buat pilihan yang tepat supaya tak menyesal. Hehe.

Chef's complimentary. Saiz dia besar ibu jari tangan je...hehe. sesuai untuk pembuka selera.

Turn out roti ni sedap. Dimakan panas2 bersama butter.

Takde appetizer di order terus main course. Panjang namanya ya...
Angus Tenderloin Mesquite, 60 Degrees Poach Eggs, Potato Galette, Mushroom Grand Veneur Jus.

Medium cook as per recommended. Tersangat sedaplah...habislah terasa duduk kat meja juri MKR. Berangan ko kan..

Husband punya main course.
Pan-Seared White Cod Fish, Tiger Prawn Kataifi, Bouchot Saffron Sauce.

Cake courtesy from The Restaurant sempena my birthday. Kek lobak which is kegemaran suami. Heyyy birthday kita dia punya kek kegemaran pulak.

Turn out strawberry tu makan dengan kek sedap pulak.











Aku selalu cakap kat suami bahawa aku dah gems gems...tapi suami selalu pujuk walaupun dah gems gems tapi kena ingat yang aku dah melahirkan seorang manusia. Jadi aku terima jelah jawapan dia tu.

Pada usia 39 tahun berat aku naik 72kg. Erm sedap sangat makan juadah raya...masa bulan puasa elok dah turun 67kg. Hahahaha.

Dalam keluarga aku kami adik beradik perempuan semua akan mengembang...bila dah cecah umur 40an akan start mengurus. Yang tinggal perut kesan pernah mengandungkan anak je..so adakah aku akan kurua bila masuk umur 40? Kalau Allah panjangkan usia dapatlah tengok rupa umur 40. Bersedialah meninggalkan perkara2 dan perangai2 tak elok yang suka buat tu..sebab bila dah masuk 40 dah susah sikit nak nak berubah.

1 ulasan:

  1. alamk, yui kena pelan pelan bc entry ni..sbb font tu..ekekek. udh tua, ginilah gayanya =(

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.