Sabtu, 2 Julai 2016

Allah Bagi Ujian Sikit Bulan Ramadhan Ni

gantung periuk. sebab tak sihat...sakit tekak rasa kering sangat...macam haus semacam tapi kenalah puasa..tahan sabar. kepala pun berdenyut2. dari mata sampai atas kepala. ujian lah tu...

apa pun...basuh kain dan sidai, lipat kain tetap berjalan...perlahan2...kalau dok simpan, lepas raya nanti lagi haru-biru.

lepas tu nak pek baju bawak balik raya. jika Allah izinkan lepas raya sambung cuti jalan2 dengan mertua pulak. hidup mesti adil dan berkompromi.

tengah2 dok menyembang dengan kak Ma, dia keluarkan pulak gambar2 lama zaman aku anak dara slim bagai...heyyyyyy...kemudian kami dok meyembang dan bising2 di dapur. masak dan makan. tulah kerja adik-beradik kalau dah ramai. dah jumpa tu bising..dan kuat mengusik. mak gelak2 je. mak pun suka gantung kuali kalau anak2 balik. padahal kita ni nak merasa makanan dari air tangan mak.

paling menghiburkan masa bagi duit raya..haa beraturla anak2 kumpul duit raya dari pakcik dan makcik...apa lagi yang paling happy sebagai budak..

kami rindu saat2 tu...jadi selagi belum kawin tu spend la masa masa banyak2 dengan adik beradik..dengan ahli keluarga...takyah nyibuk sangat dengan keluarga kawan ke atau keluarga bakal teman hidup ke. sebab bila dah kawin. kita akan ada komitmen baru...kita kenalah adil...jangan dok pentingkan diri sendiri. macam laki aku, adik-beradik dia 2 orang je...

tapi...mestilah raya balik koyan lagi syok...ziarah dari satu rumah ke satu rumah...bising aje rombongan ni..dah sambil jalan pun nak selfie. hahahaha. ni laki aku dah tanya balik raya nanti nak pergi rumah chef wan tak? aku sedap je jawab...tak penting pun sebab dulu dah pernah bawak dia pergi...tapi kalau nak pergi lagi...joms...blok depan rumah kami je...jalan kaki sampai..tapi dah ada anak ni lecehla nak meniti sebatang sungai tu...haish..seram ok kalau air naik.

2012 dah bertunang..hahaha umur 35. shawl mahal keluar.

2011, 34, tudung segera.


2010, 33. shawl dah merata2

2009, 32. zaman tudung makcik CT popular
2008, 31. dengan Ed, anak lelaki sulung kak Pa.
2007, 30

2006, 29. inilah baju kebaya kegemaran aku...cari kat Jalan TAR, RM40 je sepasang kain belum siap.

nangis tengok macam mana body shape boleh berkembang maju dengan pertambahan usia ni... hahaha..mostly baju aku semua custom made kecuali tahun 2010 dan 2012 tu...sebab nak beli siap tak muat...kurus sangat..

kalau tengok masa umur 17 tahun.....lagi nangis sebab kurus kering sangat...hahahaha. 7 tahun je aku nak review...rasa sebab zaman2 sebelum tu semua pakai kamera biasa..takde digital. gigih kan cari..

2 ulasan:

  1. pic 2006 tu cantik sgt..slim melimmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nangisla nak patah balik zaman tu 52kg je kot. Baju pun saiz S dan XS masih buat.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.