Sabtu, 23 Julai 2016

Open House Jangan Makan Banyak2 Nanti Mengantuk

Pesanan ni untuk diri sendiri atas apa yang berlaku hari ni.

Tudung beli dari Neena tahun 2016. Begitu juga kasut yang dibeli di POM dan handbag di kilang Hush Puppies.
Baju beli kat Ampang Park tahun 2015.

Jam 2 kami bertolak ke rumah kawan sekolah Zcat di Damansara Perdana. Kena parking kat luar dan guard bawa kami sampai ke dewan Emerald. Walaupun agak jauh tapi Aqlan tetap bersemangat.

Dah sampai dewan yang kecil je, kena tunggu turn nak duduk kejap. Sambil2  tu bolehla berbasa-basi. Dah ada yang bagi tempat duduk kami pun start nak makan. Aku ambil beriani dulu sebab Aqlan suka nasi ni.

Lepas dia dah makan nasi baru boleh makan dengan aman. Tapi sebab lapar, aku suap dia...aku suap mulut aku..kejap lagi Zcat pulak suap mulut budak tu. Haha.

Beralih pulak makan nasi impit 5 kiub kecil yang dah siap dipotong2 dan lotong. Tadi dah makan beriani 2 senduk, ayam goreng lada dan kuah dal. Kemudian nak makan roti jala 2 keping je mampu..

Yang anak kawan Zcat sorang ni aku tengok dia makan cupcake velvet macam dah nak masuk 10 kek. Kemain berselera. Perut dia pun dah ada buncit. Haha. Siap bapak dia cakap eh sudah...satu ni RM3 tau..kena bayar..kata budak tu...ye ke? Lebih kuranglah aku dengar. Aku pulak sampuk eh kek macam ni satu RM4.50 la. Pastu aku tengok dia makan lagi benda2 lain...fuiyooooo..nasib muka jambu...haha.

Tengah2 minum teh tarik super sedap sambil makan kek cawan berintikan lobak dan kacang, Zcat datang dengan bubur pengat durian...haishhh apa lagi... mahu aku ambil sesenduk. Yang bagusnya bubur tu diletakkan di bahagian desserts. Tak ramai nampak. Aku pun tak nampak masa ambil kek.

Kemudian kawan dia dari Johor tu makan laksa Sarawak pulak. Kami teringin nak makan sebab rare kot..tapi dah kenyang. Ni semua salah nampak beriani je. Bila dah ambil banyak takkan nak buang..makanlah pastu mulalah dah kenyang.


Masa ni dia dah start cium2 tangan nak ajak balik.

Overall semua makanan dia sedap la. Tak tahu siapa caterer dia. Gambar makanan satu pun takdak...hahahah punyalah asyik makan satu...kalau dengan kawan2 Zcat ni aku pun segan nak bergambar. Kah kah. Depa macam biasa asal jumpa je macam reunion kecil. Haish bilalah aku nak jumpa kawan2 sekolah menengah ni.

Kemudian ke Desa Pinggiran Putra lak. Ni open house kawan sekerja lama Zcat. Tapi sebab dah kenyang dan sampai pun lambat, makanan dah habis pun tak kisah sangat. Minum air dan makan biskut bangkit je. Tu je mampu.

Balik rumah nak rehat je. Dah macam ular sawa kekenyangan pulak. Nasib tak tetas baju. Alhamdulillah.

4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.