Jumaat, 29 Julai 2016

Sambung Cabut Rumput Dan Kemas Rak Kasut

Hari ni start lambat. Dah jam 6 baru nak buat...memang lambatla...

Semalam punya kerja..

Dah cabut rumput dan tarik pokok2 yang menjalar aku sapu daun2 kering. Jiran sebelah pun sibuk keluar sambil2 nak borak..  banyak daun kan sambil sibuk sapu daun jugak. Ha laaa deoan rumah kami ada sebatang pokok besar dan rendang. Port cleaner tu berteduh. Juga jadi port pekerja am pembersihan kumpul sampah dari rumah lain kat situ. Angin je aku tengok tapi aku tak tegur cuma selalulah aku ngomel dengan laki aku. Pokok ni sekali keguguran baik punya..

Lepas tu aku kemas kasut2 aku. Masuk dalam hanging drawer beli kat Ikea. Sekali keluarkan dari kotak2 banyak kasut kerja kaler hitam. Dah tak kerja malas nak pakai. Lagi satu kaki dah kembang. Aku selesa saiz 7 1/2. Kalau 8 lebar. Kalau 7 ngam2 bila petang sakit dah kaki kalau jalan lama. Kalau 6 memang kena bagi orang je. So banyak kasut nak kena sedekahkan. Selalu bagi anak2 buah je.

Projek seterusnya nak kumpul baju2 tak muat atau tak nahu pakai dah..tapi biasalah ada juga baju tak muat tapi taknak bagi sebab ada sentimental value. Hahaa...siapa ada perangai macam ni sila bagitahu. Hahaha.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.