Isnin, 26 Disember 2016

CCM: Pengalaman Naik Ke Bukit Bendera Yang Nyata Berbeza Berbanding 17 Tahun Dahulu

Last aku naik dengan arwah Bapak. Masa tu aku masih belajar matrik di Bayan Baru, Penang. Kira dah lama betul aku tak datang.

Apa yang berbeza macam jenis keretapi pun dah lain.. harga tiket pun begitu juga....

Kak ted join kitorang..dia patut balik kampung tengok rumah dia dalam pembinaan..tapi disebabkan kami, dia tangguh esok...hehe

Feeling kurus koooo....







Harga tiket RM10 untuk biasa. Fast lane RM30. Tapi dah tentulah ada bezanya ya....kalau beli tiket harga biasa tu beraturla panjang2 macam biasa. Kalau fast lane tu dah macam VIP. Beli tiket, masuk lane khas..dan kalau keretapi datang, pembeli tiket fast lane dapat naik dulu. So ye kami beli tiket fast lane sebab tak tahan nak beratur panjang.




Dah sampai atas kami ke masjid dulu. Oii semput gak naik atas tu tapi mujur ada jalan tar. Tak kuasa nak naik tangga. Hehe.

Naik tangga 2-3 mata je..pose kejap pastu turun. Haha.

Kalau semua dah gila gila, gambar pun senget benget lah tanda hati gembira.

Masa turun pun kami guna jalan tar. Malas nak turun tangga gak. Lagipun bawak aqlan dan stroller leceh la..







Pastu jalan2 ke belakang bukit..rehat2 kat astaka sebelum ambil keputusan sewa buggy pusing sampai belakang bukit. Ada 2 perkhidmatan. Kami ambil buggy kuning. Satu lagi biru. So berapa orang naik pun kena RM30. Yang biru tu tak tahulah apa rules dia pulak. Sebab kami takmo share dengan orang lain. Syok jugalah melawat kawasan. Hahaha.


Kedai kopi hutan. Boleh berhenti minum. Nanti buggy driver akan tinggalkan. Lepas tu jip pick up pulak lepas dah habis minum. 



Kawasan periuk kera


Lepas dah 3 jam baru rasa nak balik. Masa tu cuaca pun dah start nak gelap. Untungla guna fast lane sekejap je beratur lepas tu masuk duduk dalam bilik aircond sementara tunggu tren sampai. Masa tu Aqlan pun dah tidur.
Masa ni nak balik dah
Lastttt sekali dapat jugak bergambar depan tren.


Sebelum balik..

Dah bangun pun. Berhenti kat kedai2 bawah bangunan parking minum air sat..

Parking rate
Sejam pertama RM3
Jam seterusnya RM1 setiap jam
Kami kena RM7
Yang penting kereta selamat walaupun kena naik sampai 5 tingkat

Masa turun laju je...3 minit dah sampai. Masa naik tadi 7 minit. Zaman aku naik dulu lama la...kata tren kayu...kekeke.. apa pun memang best datang Bukit Bendera kali ni....laki aku first time naik so lagila dia gembira..aku dah 3x..kak ted dah 4x..hehe.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.