Sebabnya aku tak pernah ke sana..dan aku selalu cemburu
sikit kat kawan-kawan yang dah ke sana. Terutamanya bila tengok gambar-gambar
diorang upload kat IG dan FB dan segala mak nenek aktiviti yang diorang
lakukan...Lepas tu boleh pulak diorang cerita apa best kat sana dan ada pulank
tukang komen yang berpengalaman sama dan bertukar-tukar cerita. Semua benda aku
baca kemudian aku sendiri yang terasa alahaiiii kenapa aku tak pergi-pergi
melawat ke sana ni?? eh berangan ko..aku sedar duit tabungan untuk bercuti
masih tak cukup-cukup, (kejap-kejap ambik untuk 😞kecemasan),
but yes aku memang suka nak bercuti dengan family kecilku👪..
So ada beberapa perkara aku dah list dalam kepala otak aku
sekiranya Traveloka bagi aku peluang untuk bercuti ke sana secara percuma! Siapa
yang tak mahu percutiannya ditaja? Ambil beg, packing jelah….goshhhhh give me
the chance to go there pleaseeee!!!!
#MyTravelokaEscapade Itinerary (must do! Lah…)
1. Melawat Kampung Bukchon Hanok Dan Cuba Hanbok
Aku memang suka tempat melawat tempat bersejarah. Sebab pergi
ke tempat-tempat seperti ini akan memberikan aku ketenangan dan lebih mudah
untuk aku memahami sejarahnya. Tak kira dari segi pembinaan, budaya dan
sosialisnya. Aku juga teringin gila nak cuba pakai Hanbok, iaitu pakaian
tradisional masyarakat Korea. Kalau aku dapat mencubanya bolehlah berangan
sekejap berlakon drama Korea lama-lama...hehe. Tapi kan agak-agak berat ke
ringan pakaian ni sebab bila tengok kat drama, pelakon yang pakai tu jalan
perlahan je..ke sebab tu cara adab kesopanannya bila memakai baju Hanbok tu?
2. Membeli-belah Barang Kosmetik Korea
Dah kata suka barang mekap Korea, haruslah pergi Myeongdong
iaitu "syurga" bagi pencinta kosmetik. Kalau selama ni aku asyik beli
online je apa kata kali ni pergi sendiri tengok dan beli...boleh buat bekalan
setahun terus, hahaha..adoi mesti rambang mata nanti aku tengok....aku risau
duit aku banyak habis kat sini…tapi aku dapat tahu yang pemilik kedai-kedai di sini
ada yang bermurah hati memberikan sampel percuma….jadi ambil sampel dulu, balik
ke hotel test-test dan kalau sesuai dengan kulit aku sebelum balik kena singgah
dan baru dapatkan bekalan setahun..hehehehe..eh macam 2 kali la kena pergi
sini? Hurmmmm..agenda sangat!!
3. Menaiki Cable Car Sambil Menikmati Pemandangan Di Korea Selatan
Alang-alang dah sampai Korea Selatan, aku nak merasa naik
kereta kebal eh kabel mereka untuk naik ke N Seoul Tower dan melihat
pemandangan bandar dan pergunungan di menara tinjau. Mesti syok ambil gambar
berlatarbelakangkan pemandangan dan gunung dan bandar. Ala-ala poskad gitew…
4. Cafe Hoping Dan Cuba Patbingsu Di Garosu-gil
Nak jugak merasa patbingsu disana. Dah penat-penat jalan dan
shopping serta jamu mata, bolehlah jamu anak tekak pulak...asyik tengok kat IG
je apa kes...??? Pastu telan air liur sorang-sorang..haha so lebih baik aku
realisasikannya terus kat sana..haha..
Lagi satu eh aku terlupa nak masukkan ni..penting ni kalau
ke Korea Selatan...(I wish I wishh)
5. Melawat Istana Gyeongbokgung Sambil Menyelami Sejarah Pembinaan Dan Pemerintahan Dinasti Joseon
Istana ni merupakan kediaman rasmi untuk Dinasti Joseon,
merupaka istana terbesar antara 5 istana lain iaitu Istana Gyeonghuigung,
Istana Deoksugung, Istana Changgyeonggung, dan Istana Changdeokgung. Apa yang boleh buat kat sini selain ambik
gambar tempat bersejarah ialah melihat acara pertukaran pengawal istana. Aku
kalau bab2 orang pakai seragam dan ada acara ni aku memang suka tengok. Jantung
boleh berdegup kencang ko dan adrenalin boleh memuncak tiba2 dan bulu roma
naik. Taktahulah excited sangat kot..Haha..yelah arwah bapak aku kan Navy so
dah terbiasa tengoklah.
Seronoknya alahai kalau dapat pergi kan? Cantik tempatnya, lain budayanya... :)
BalasPadamBetul tu kakcik..
Padamyui pun kalau dpt free nak p korea..heheh
BalasPadamKan siapa taknak pergi free2 ni..bestnya takyah fikir banyak dah..hehe..
Padambestnyer kalo betul2 dapat pergi sana...
BalasPadamKalau dapat pergi jangan muntah baca entry blog kita pasal travel ke Korea..ahaha
PadamAlhamdulillah kita dah pergi.. tapi time bujang lagi... and time tu summer. nak repeat dgn hubby..time winter plak. tapiii dari p korea better saya p jepun plak ye dok?? moga2 tercapai ye hasrat sis nak pi sana..skrang air asia dah senang nak fly sana wth cheaper fare..
BalasPadamYang penting plan kan..supaya tak miss apa yang best.
PadamHari ni baca pasal hotel terbesar di dunia..tapi tu kat korea utara.
BalasPadamKalau dpt pi korea selatan nak pi tempat jun sang naik basikal
Sesuatu sangat kisah drama winter sonata ke.?
Padam