Sekarang kalau pergi majlis kahwin meriah aje kan. Ada segala mak nenek goodie bag dan makana yang banyak. Makanan tepi pun banyak. Tinggal space dalam perut tu ada lagi tak nak sumbat.
Hari ni ke UPM. Ada majlis perkahwinan anak kawan Zcat. Masa masuk UPM tu banyaknya banner orang buat majlis. Kira2 rasa macam 7-8 majlis. Banyaknya dewan untuk buat majlis perkahwinan dalam UPM ni. Kami cek satu2 kalau tersalah masuk majlis kan ke naya..haha.
Bila dah masuk tu kami makan2 terus dan balik. Eh..
Sebab anak kami ni dah start nak naik pelamin. Pastu ada nasi beriani sedap pun dia tak makan sangat sebab dia sibuk makan makanan dari goodies untuk kanak2. Masa masuk2 dewan je dia dah cium dan peluk seorang wanita dalam dewan. Aku pun pelik rupanya dibelakang wanita tu ada goodies bag. Ceh membodek!
End of story elok je kami keluar dah hujan. Pusing2 UPM sebab Zcat nak tunjuk kolej dan fakulti dia...selalu masuk UKM je kan. Haha.
Takde gambar bersama pengantin sebab anak kami tu dah buat perangai. Kami pun ke Quil City Mall je. Beli baju todur dan kasut Aqlan..masuk Daiso jap selepas bagi dia makan chicken chop. Yelah tadi kat kenduri kan dia tak makan sangat..
Sabtu, 17 Disember 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.