Ahad, 4 Disember 2016

,

Jalan2 Kat Freeport A'Famosa Outlet Sambil Jamu2 Mata Tu..Kuat Tahan Diri

Selepas check out kami dah lapar terus ke cawangan kedai makan ikan bakar Muara Duyung tu. Tapi kali ni tempatnya di area MITC. Dekat sangat dengan Petronas. Sebelum sampai tu kami dah pergi banyak kedai iku waze tapi kebanyakannya tutup hari Ahad kot..dan dan tu juga aku sempat tapau putu bambu kat tepi2 jalan.

Ada perisa durian dan pandan

Salah satu tempat yang kami rancang nak pergi ialah Freeport A' Famosa Outlet. Sebelum sampai sini kami ada pergi ke Kedai Kuih Keria Antarabangsa tu tapi semua dah habis jam 3.30 petang lagi. Dan walaupun diorang dah letak signboard kuih habis orang still datang sampai ada yang tolak stroller anak bawah cahaya matahari yang sangat panas...tapi akhirnya kecewa dan kena balik je...sebab rupanya ada sistem ambil nombor..tapi aku takdela nak sangat makan..saja bagi peluang kat Reen yang nakkkkk sangat. Eh2 dia lagi..

Sampai Freeport tu aku terus bawa Aqlan ke baby room. Mandikan dia terus. Punyalah panas hari ni..kesian kat dia. Lepas tu masuk Food court. Pun panas juga dan banyak lalat. Last2 masuk MarryBrown bagi dia makan.

Aqlan memang happy sangat kat sini. Aku yang tak larat dah tengok dia nak turun naik tangga kincir angin tu. Last2 Zcat yang jaga dia. Masa ni memang berpisah dengan kawan2 sebab biarlah diorang shopping dengan aman. Kami ada anak kecil yang excited nak teroka semua benda.

Bila Zcat dah ambil Stroller anak barulah aku berpeluang tengok barang. Walaupun aku sebenarnya nak beli boxer je kat Cotton On..tapi sebab dah takde so end up aku beli satu helai seluar jeans. Kali terakhir aku beli jeans Hana Tajima la.







Lepas dah snap2 gambar kami bertolak balik. Nak minum kopi pun cancel sebab jalan jem dan masing2 dah penat. Sudahnya balik rumah jelah.

Happyla jalan2 kali ni. Tapi laki aku cakap tak cukup tidur semalam di Melaka. Hehe.

2 ulasan:

  1. nak mengejar tu yg tak larat, kita berjalan anak berlari, tergeliat urat kentut nak mengejar anak..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.