Air dicincang takkan putus.
Walau dalam hati ada terguris ada terluka tapi akhirnya family first.
Sebab hanya family je lebih faham perangai baik buruk kita.
Hanya family je bertahan walaupun bertahun2 perangai buruk tu kita susah nak buang.
Dan hanya family je masih sanggup simpan rahsia keaiban dan menjaga maruah kita.
Kalau kawan...mereka mungkin mendengar. Bila keadaan berubah mereka mungkin menikam di belakang menunggu saat2 kejatuhan kita.
Jadi mengapa masih mengabaikan ahli keluarga dan lebih rela bergelak ketawa dengan kawan2 yang tak tahu siapa sebenarnya kita?
Mungkin kita sendiri talam dua muka, dengan ahli keluarga atau dengan kawan2 kita.
Yang mendoakan kita ahli keluarga juga. Yang mungkin mandikan jenazah kita juga ahli keluarga kita. Yang duduk baca Yaasin setiap minggu pun dan mendoakan kita dalam selitan panjang bacaan doa mereka juga ahli keluarga.
Jadi mengapa masih memuja kawan2? Kerana mereka kaya dan kita sederhana?
Khamis, 8 Disember 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.