Isnin, 19 Disember 2016

Ada Air? Takde Air? Tadah Air? Jimat Air, Jangan Membazir Itu Caranya

Memang tak nafi duduk di area KL Selangor selalu je ada masalah air. Penduduk kan ramai. Jadi jumlah penggunaan air pun tinggi. Kalau ada paip bocor atau kerja2 yang melibatkan paip air, bekalan air pasti terganggu.

Sepanjang aku duduk di KL Selangor ni adalah beberapa kali aku hadapinya.. aku rasa paling susah bila aku di pejabat. Takde air ditadah kat ofis. So pandai2la jimat guna air tangki. Masalah hadas la yang paling besar bagi aku. Kalau haus boleh je beli air. Tapi nak berhadas air takde, macam mana nak beribadah.

Dirumah boleh tadah air. Siap cover air tu supaya takdelah cicak berak...

Masa paling terganggu air ialah pada tahun 2014. Waktu berpantang lagi. Masa tu 2 hari ada air. 2 hari takde air. Memanglah kena bertabah dan bersabar. Masa tu insaf la pasal penggunaan air. Syukurlah air yang dibekalkan masih bersih.

Ada perbezaan juga pasal catuan air ni mengikut tempat kediaman. Masa duduk di Bukit Indah tak pernah terganggu sangat. Haha sebabnya memang air dia kecil. Kalau basuh kain tu selalu terbantut di tengah2 sebab air tak dapat di pam. Selalu kena tunggu waktu2 orang tak banyak guna air contohnya waktu malam. Kalau basuh pagi memang selalu tergendala.

Masa duduk di Kuarters Guru Cina tu ada je gangguan air. Tapi sebab aku duduk seorang so takdelah masalah sangat. Ada sekali tu kena juga tadah air. Untuk pakai di dapur. Sebab air tangki memang untuk angkat hadas je. Kemudian bila air dah datang selalu keluar batu2 kecil dari paip. Kenalah cuci. Ada sekali tu siap kena buka paip sebab tersumbat dek batu2. Hehe.

Minggu ni pun ada gangguan bekalan air kan..Jadi aku pun duk menangguhkan basuh baju...sakit mata tengok baju makin menimbun. Nak basuh risau air tangki tak cukup nak berhadas nanti. Erk.

Sebab risau juga, masak bakso je tapi makan dengan pasta. Hahaha. Ok air sinki masih ada cuma slow la..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.