Isnin, 12 Disember 2016

,

Jalan2 Ambil Angin Di Taman Rekreasi Cyberjaya Setelah Gagal Pergi Aquaria KLCC

Haaaa camner boleh sampai Cyberjaya Recreational Park ni?

Dah lama plan nak KLCC. Jadi lepas makan KFC kami terus solat kat masjid sebelah KFC tu, Masjid Abdul Rahman Bin Auf Di Puchong. Ya memang kami keluar lambat sebab nak tunggu Aqlan bangun. Kalau kejut awal dia cranky.


Pastu happy la ni masing2 nak pergi beli tiket..sekali kami tengok orang beratur dan nak masuk melingkar...sudah...malas kami nak beratur.

Kemudian kami ke KLCC jalan la.. sepanjang jalan tu Aqlan buat perangai sikit. Dari boleh jalan..abah dia pergi ke kereta balik ambil stroller. Sebab tak larat dah nak control dia. Tadi masa kat Convention Centre puas dah main turun naik tangga..

Dah sampai KLCC aku masuk Isetan..tak beli apa..masuk toilet je...heyy..toilet untuk member card je..aku ada card nak tunjuk kalau diorang mintak. Sebab kat sini ada pili. Kalau dalam toilet KLCC takde pili...air pancut belakang. Kalau silap boleh basah seluar ko..nak renew card tapi kena tunggu betul2 1 Jan 2017. Okay....

Kemudian kami keluar jelah. Zcat ajak pergi taman burung pulak tapi macam dah lambat. Masa tu dah jam 4 petang. Akhirnya nak pergi park jelah.

Sampai Cyberjaya kami ke Masjid Raja Haji Fi Sabilillah. Tukar diaper dan baju Aqlan. Lama2 sejam jugak kami duduk situ tengok dia main kat tengah yang ada pokok nan sebatang.


Kemudian barulah kami ke park.. jalan2 kasi budak ni penat...tenaga dia banyak sangat.











Hujan turun sikit kami tunggu bawah wakaf. Lepas tu dah ok kami cepat2 balik. Aqlan masih nak jalan2..oh tak daya weh...park ni besar tapi sebab cuaca dan waktu pun dah nak senja kami balik jelah dulu. Next time kami jalan jauh lagi..

Singgah Burger King. 3 ketul burger dan 2 cawan air Coke kena tak sampai RM20. Gila murah. Promotion sampai 15 Dec jerrr... kena guna kupon..

Aku makan 2 burger kecik..haha..

Dah nak sampai rumah ke Hero pulak. Dapatlah buku kupon lagi. Syok betul.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.