Khamis, 1 Disember 2016

Apa? Dah Disember? Cepatnya Masa Berlalu Tahun Ni Apa Yang Dah Tercapai?

Ni nak hashtag #throwback ke? Atau #whathaveidone hahahaha.

Nak rewind balik ni. Sesapa yang masih baru follow blog ni (ada ke new followers? Angan2 la kooo) mesti malas nak scroll citer2 lama aku untuk tahun ni kan. Takyah nak scroll tahun2 sudah..

Tapi kan aku ada satu perangai kalau aku rasa nak follow blog orang kan aku stalk citer2 lama dia. Kalau aku rasa penceritaan dia tu boleh buat aku gelak2 ke atau aku rasa haaaa ni aku patut ikut sebab dia santai2 jekk maka aku pun mulakan reading old entry la...korang aku tataula camner...aku ni bukan serius orangnya. Tapi memang diakui kawan2 la first sight diorang tengok aku nak tegur pun macam sombong. Ni yang cakap kawan2 sekolah, universiti dan kerja. Ko mampu semua bagi statement sama kat aku..? Yang tak tahan bila dah kenal,  ada sorang tu cakap cam nyesal plak sebab aku talkative pulak...penat dia kena terjah macam2 soalan. Tapi aku pun pernah kena gak soalan non stop sampai aku cakap awak ni macam wartawan la....tu zaman sekolahla...

Hek ala banyak lak bebel.

Cuti2 Malaysia

1. FEB 2016, Port Dickson - 3H2M.
Isteri pemilik rumah ni pelukis jadi ada galeri dan ada lukisan2 yang boleh dibeli kepada sesiapa yang berminat

Ada pantai berdekatan jalan kaki pun boleh tapi kami naik kereta tak kuasa dengan budak kecil ni
Duduk rumah apt via Airbnb check in.Best la rumah dia. Bersih dan murah. Nama owner Steve. Omputeh kawen dengan orang Sarawak. Kami pun pembersih jadi kami dapat review best dari dia lepas habis bercuti. Rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih. Takde sepah2. Sampah siap2 bungkus dalam plastik hitam.

2. MAY 2016, Sutra Beach Resort, Merang Terengganu - 4H3M.


Resort ni dicadangkan oleh kawan sekolah masa di Khairiah dulu. Orang Terengganu mestilah aku percaya. Pantai private, bersih.. swimming pool infinity gitew. Masa pergi tak ramai orang rasa bahagia. Tapi ada bau asap masa tu akibat pembakaran hutan. Kerja kami mandi dan tidur. Ko mampu? Sekali sekala ke bandar cari kopok lekor. Hehe. Cuma lagi masa tu kami dapat langsir yang jarang adoi cahaya lampu masuk dalam bilik.

3. JULY 2016, Bayou Lagoon Resort, Melaka - 3H2M.


Lepas raya puasa kat Koyan, kami spent masa dengan keluarga belah laki pulak. Hidup mestilah adil..ni semua sebab ada water park bagi Aqlan main. Aku pulak cuba sekali je gelongsor air tu sebab aku punya trauma kena hanyut dek air masih belum hilang walaupun dah 30 tahun berlalu! Main kat air cetek je..haha. Tengok budak2 main steady je...bilik kami Master la..amik apt 3 bilik. Tapi satu je nyampah kepala pili untuk tandas master takde. So setiap kali nak guna sakit sikit jari2 ni nak pusing. Bilik kami terbaik. Bukak langsir nampak water theme park. Memang pagi2 Aqlan diri kat situ je. Haha.

Next is Melaka dan Penang untuk tahun ini, InsyaAllah.

4 ulasan:

  1. itulah..sekejap je kan...
    lya tahun ni ke sg.lembing...best !!
    next year inshaa Allah ke Cameron highland kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow Sungai Lembing. Tahu nama je tapi tak pernah ke sana.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.