Khamis, 22 Disember 2016

Baiki Telekung2 Lama...Nak Buang Sayang Walaupun Ada Dah Lebih 10 Tahun

Nak baiki telekong lama ni ya ampun nak tetas tulah paling malas. Kemudian ada kain baru warna putih dah beza dengan kalee telekung yang dah kekuningan. Lantak. Aku jahit jugak.

Aku memang belajar buat telekong sendiri sejak zan sekolah. Jadi ada telekong yang aku pakai tu aku rasa dah lebih 20 tahun gamaknya. Ingat lagi beli kain..beli renda..beli benang jahitlah guna mesin jahit Singer mak pakai kaki. Bunyinya kriuk krek...benang putuslah..macam2 lah. Lepas tu takde mesin jahit tepi minta tolong mak hantar pada makcik Esah tu jahitkan trim kat bawah bagi elok. Makcik tu jahit zig zag untuk aku. A
Kagum jap. Sebab mesin mak jahit lurus je aku pandai.

Kemudian mak selalu hadiahkan telekung siap jahit hampir setiap tahun juga. Asal Birthday dapat. Tapi telekung ni satulah...aku bab kain selalu tidak memuaskan hati. Kaki aku memang panjang. Selalulah nampak kaki. Jadi aku suka pakai kain pelekat. Jadi kain pelekat bapak jadi mangsa. Mak aku juga yang bagi bila aku mintak. Best betul pakai kain kotak2..pakai sampai reput. Alah kain cotton sejuk2 tu kan sedap.

Jadi nak cerita telekong yang dah lebih 20 tahun tu memang tanak pakai sebab kuning dan lagi sekeping dia jelah takde bahagian dalam untuk elak jarang..tapi aku selalu beli kain cotton yang mahal sikit dan tebal. Aku pun tak gemar tebal2 sangat lambat kering. Dulu cuci tangan je. Sebab tu masa duduk asrama mak bagi 2 pasang telekung. Satu  basuh satu pakai.

Ok kalau citer pasal telekung panjang jela pulak..yelah aku pun dah berapa puluh tahun umur. Haha..banyakla telekong yang dah bertukar ganti.

Dulu aku jahit telekung aku tak pandai buat awning tu. Jadi bila solat kenalah pakai serkup atau tuala kecil good morning. Popular k...tapi la ni aku nak alter aku pun belajarla dari alam maya....terima kasih pada yang baik hati share cara2 buat awning semua tu...

Aku baiki 3 helai telekung. 1 telekung yang dah lama sangat tu aku gunting buat alas dalam.

Ada 2 helai aku guna kain macam tudung Syria tu..sehelai kain cotton biasa. 1 hari sehelai telekung. Beria belajar..silap tu jangan cakaplah..berapa kali aku main benang. Haha.

Telekung 20 tahun. Inilah style telekong yang aku jahit sendiri.

Telekong 5 tahun dah guna awning macam tudung Syria. Ni pun jahit sendiri tapi bahan2 masa tu yang bayarkan Zcat.

Telekong 4 tahun. Zcat bayarkan beli di pesta Pulau Pinang tahun 2012. Pun dah dibaiki.

Telekong yang ketiga tak dan snap gambar. Aku dah ngantuk gila masa siapkan tu. Next entry jelah ek.

6 ulasan:

  1. weh..aku tak tengok telekung, tengok hidung hang mancung babe..mintak sikit hahha

    BalasPadam
  2. Salam, sekarang mane boleh beli telekung macam tu yg takde tali?

    BalasPadam
  3. Kalo nk hanatar repair tudung yg ada auning bole ke?

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.